KUALA LUMPUR: Saham YTL Power International Bhd di Bursa Malaysia
memberi respons negatif terhadap kemungkinan penarikan diri kumpulan
daripada projek loji janakuasa bernilai RM3 bilion di Johor.
Sehingga 11 pagi, kaunter turun satu sen kepada RM1.47 selepas dibuka satu sen lebih tinggi pada RM1.49, dengan 1.72 juta saham bertukar tangan.

Dalam laporan semalam, sumber berkata YTL Power berkemungkinan menarik
diri daripada usaha teroka yang dikenali sebagai Projek 4A.
Ini berikutan terdapat kritikan mengenai cara kontrak diberikan melalui rundingan langsung berbanding bida persaingan oleh Suruhanjaya Tenaga (EC).
"Sebarang penarikan diri dijangka memberi laluan kepada tender terbuka," kata sumber berkenaan.
Laporan semalam juga memetik Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd, Datuk Seri Azman Mohd sebagai berkata syarikat utiliti negara masih menilai anugerah bersyarat bagi Projek 4A.
Kesatuan TNB juga menghantar memorandum untuk menyuarakan bantahan mereka kepada syarikat utiliti negara bekerjasama dengan YTL Power. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan