JAKARTA - Hanya 318 daripada 1,449 pekerja seks tersenarai, mengambil
pampasan yang ditawarkan kerajaan Indonesia berikutan penutupan 'Dolly'
Surabaya, antara kawasan pelacuran terbesar di Asia Tenggara pada 18
Jun baru-baru ini.
Ketua Jabatan Pemulihan Sosial Agensi Hal Ehwal Sosial Surabaya, Dedy
Sosialisto berkata, sehingga hari ini, hanya 63 daripada 311 bapa dan
ibu ayam mengambil bayaran itu.
Berikutan itu, katanya, agensi tersebut melanjutkan tempoh akhir untuk mengambil bayaran itu dari 23-26 Jun.
"Saya harap lebih banyak orang akan mengambil bayaran pampasan itu
kerana wang yang tidak diambil akan dikembalikan kepada kerajaan," kata
Dedy seperti dipetik Jakarta Post sebagai berkata hari ini.
Kementerian Hal Ehwal Sosial memperuntukkan 8 bilion Rupiah (RM2.14
juta) sebagai bayaran pampasan, dengan setiap pekerja seks serta ibu dan
bapa ayam menerima kira-kira 5 juta Rupiah.
Pada 18 Jun, Datuk Bandar Surabaya, Tri Rismaharini, Gabenor Jawa
Timur, Soekarwo dan Menteri Hal Ehwal Sosial, Salim Segaf Al Jufri
menyaksikan penutupan kawasan pelacuran itu.
Dolly menempatkan 1,449 pekerja seks, 311 ibu dan bapa ayam serta
kira-kira 300 rumah pelacuran. Kira-kira 400 penduduk di kawasan itu
mencari rezeki dengan menjalankan pelbagai perniagaan lain. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan