Ia adalah perubahan terbesar pelayar web itu sejak pengenalan Firefox 4 pada tahun 2011, dengan antara muka baru yang kemas dan mesra pengguna di samping memberikan pengguna kawalan mutlak untuk melayari web.
Versi Firefox terbaru itu didatangkan dengan pelbagai jenis pilihan penyesuaian yang semakin mudah dicari hasil pengenalan butang “Customise” pada menu Firefox. Ia membolehkan pengguna “drag and drop” item menu yang hendak dicapai dengan cepat ke dalam tool bar.
Firefox 29 juga tampil dengan proses bookmarking yang baru dan pilihan untuk merentasi pelbagai peranti yang direka bagi memudahkan pengguna dengan bantuan cloud.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan