MADRID: Skuad yang dipalit kecewa besar, Sepanyol tiba di Madrid, awal
pagi tadi. Namun, berbeza berbanding senario empat tahun lalu apabila
mereka dijulang sebagai wira, pesawat yang dinaiki skuad La Roja itu
disambar petir sejurus mendarat di Lapangan Terbang Adolfo Suarez
Madrid-Barajas.
Jurucakap syarikat penerbangan Iberia mengesahkan pesawat Iberia
2907 disambar petir namun tidak mengalami kerosakan dan tiada siapa pun
penumpang yang dilaporkan mengalami kecederaan.
Skuad bimbingan Vicente del Bosque tiba ke Brazil dengan harapan besar
selaku penyandang juara namun semuanya berubah selepas tumbang 5-1
kepada Belanda dan kekalahan 2-0 kepada Chile memaksa mereka pulang
awal.
Sebelum pulang, Sepanyol begitupun meraih hadiah sagu hati
hasil kejayaan menewaskan Australia 3-0, Selasa lalu di Curitiba dan
pulang hari ini.
“Kami semua tidak gembira dengan keseluruhan persembahan kami di
Piala Dunia,” kata Del Bosque yang turut mengumumkan akan meletakkan
jawatan. “Namun adalah penting untuk menamatkan saingan dengan
kemenangan.”
Beberapa pemain utama Sepanyol terselamat daripada menjadi bahan
kritikan media negara itu dengan Del Bosque menegaskan skuad emas La
Roja perlu itu diberi pujian atas pencapaian yang diraih selama ini.
Beberapa bintang seperti Xavi Hernandez, Xabi Alonso, Fernando Torres
dan Pepe Reina dijangka akan turut mengumumkan persaraan daripada aksi
antarabangsa, yang memberikan Del Bosque yang memiliki kontrak sehingga
Euro 2016 di Perancis pening seandainya mahu meneruskan tugasnya. -
Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan