Khamis, 26 Jun 2014

Asrama UIAM terbakar, 800 pelajar terselamat.

Apabila kita ditimpa sesuatu  musyibah,atau pun kita melihat sesuatu musyibah,katakanlah,"Dari Allah Kita Datang,dan Kepada Allah Kita dikembalikan".(Rujuk: lafaz asal dari ayat al-quran).

Kadangkala, sebagai insan lemah,menerima ujian yang menimpa diri atau rakan,mahu pun keluarga,atau jiran tetangga,berdepan seakan sukar menerima keadaan yang berlaku.Agar diri tidak ditenggelami emosi,malahan berlaku ada yang tidak dapat menahan perasaan melihat sesuatu kejadian didepan mata.Disini keutamaan kekuatan semangat sangat penting dibina serta dibangunkan dalam jiwa.

Ada kala terjadi orang pengsan,kerana tidak bermaya hilang semangat dengan kejadian dilihat,contoh,kemalangan maut,kebakaran.Itulah kenyataan dalam kehidupan.Seseorang perlu mententeramkan rakannya tatkala dalam kecemasan.Ungkapan penyejuk hati selalunya bersifat memberikan kesabaran,menyuruh mengingati Allah swt.Demikian tatacara berdepan suasana cemas dan menggugah perasaan.

Perlakuan seperti menangis teresak-esak,sesekali menyebakkan dada,lantas boleh bertukar meraung,adalah respons sangat halus terpantas menyentuh hati.Demikian juga apabila menatap jenazah orang disayangi.Senario demikian sudah lumrah didalam masyarakat kita.

Asasnya terletak pada ajaran serta didikan jiwa seseorang sejak dari kecil sehingga dewasa.

Kebakaran yang berlaku ke atas tempat kediaman,pusat pegajian,bangunan kedai perniagaan bukan lagi perkara asing dalam pengetahuan dan pengalaman anggota masyarakat orang kita.Ada berlaku tanpa disedari atau sebaliknya.Begitu jugalah sekiranya untuk dikenalpasti akan punca-punca kebakaran,pihak berwajiblah yang mengumpul maklumat berkaitan.

Ada juga kes kerana terlupa,atau berlaku kecuaian menutup suis, sumber bahan api,seperti dapur gas,periuk elektrik,pemanas air,cerek elektrik.Lain-lain kebarangkalian boleh juga berpunca dari penggunaan bahan bakar penghalau nyamuk,menggunakan lilin.Se andainya,seseorang pernah mengguna salah satu yang disebut di atas,ketahuilah kita bahwa,maraknya api apabila sudah cukup syarat kebakaran,tiada lagi sempat dicapai apabila sesebuah ruang telah dipenuhi asap dan api.

Apa disebut di atas hanyalah sepintas pengalaman dari peristiwa kebakaran yang terjadi dan demikianlah sembang-sembang,perbualan orang ramai terhadap apa yang berlaku.

Yang digarap atau dicoret di atas tadi tiada kaitan dengan kejadian kebakaran UIAM sebagaimana tersiar di sini.

Semuanya menjadi pengiktibaran kepada orang ramai.Sesuatu berlaku tentunya mengandungi hikmah agar menginsafkan diri.

Wallahhu a'lam.

Tiada ulasan:

Blogger news