Abdul Razak Abdul Majid.
PUTRAJAYA: Ketua Pegawai Eksekutif MyPOWER Corporation, Datuk Abdul Razak Abdul Majid dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga yang baharu, berkuatkuasa 1 April, 2014.
Abdul Razak menggantikan Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali, yang tempoh perkhidmatannya berakhir pada 31 Mac lepas.
Dalam kenyataan pada Sabtu, Maximus berkata beliau yakin melalui pelantikannya, Abdul Razak akan membawa pembaharuan dalam sektor tenaga ke peringkat lebih tinggi berdasarkan pengalaman luas dan juga peranan beliau dalam industri dan transformasi sektor tenaga.
"Saya percaya pendekatan praktikal beliau akan memberi nilai tambah kepada peranan dan fungsi Suruhanjaya Tenaga untuk membawa transformasi selanjutnya kepada sektor tenaga di Malaysia," katanya.
Semasa berkhidmat di MyPOWER, Abdul Razak telah berjaya membawa beberapa reformasi bagi sektor tenaga dalam bidang tadbir urus, tarif dan struktur pasaran.
Pada masa ini, beliau juga adalah Presiden Majlis Tenaga Malaysia (ECOM), persatuan yang ditubuhkan pada 2008 untuk menggalakkan perkongsian amalan terbaik di kalanan pemain industri tenaga.

KUALA LUMPUR 27 Jun - Kerajaan dijangka membuat keputusan pada bila-bila masa sama ada hendak menaikkan lagi tarif elektrik atau mengekalkannya pada paras semasa, seiring dengan mekanisme fuel cost pass-through (FCPT) yang ditetapkan setiap enam bulan sekali.
Pengerusi Suruhanjaya Tenaga, Datuk Abdul Razak Abdul Majid berkata, penyusunan semula tariff itu dijadualkan bulan depan, setelah mengambil kira kos bahan api semasa.
Berdasarkan rekod katanya, harga LNG antara Januari hingga Jun mencatatkan peningkatan sebanyak 10 hingga 25 peratus tetapi arang batu menurun 10 hingga 15 peratus.
Beliau berkata, kemungkinan kenaikan tersebut terpaksa dilakukan bagi mengurangkan jurang antara kos sebenar menjana tenaga dengan tarif yang diberikan subsidi.
Dalam konteks ini, MyPower Corp Bhd. selaku agensi yang diberi peranan menyusun semula struktur dan melakukan transformasi sektor tenaga di Malaysia telah mengemukakan beberapa cadangan.
"Satu daripada cadangan ialah supaya kerajaan mengguna pakai dana RM500 juta berupa simpanan yang dikutip daripada rundingan semula perjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan pengeluar tenaga bebas (IPP) untuk menampan impak terhadap rakyat.
"MyPower menyarankan agar kerajaan meneruskan pelaksanaan mekanisme FCPT iaitu tarif diubah berdasarkan harga gas antarabangsa setiap enam bulan,'' katanya pada sesi taklimat di sini.
Perubahan paling mutakhir dilakukan pada Januari lalu iaitu tarif dinaikkan sebanyak 15 peratus kepada 38.53 sen per kilowatt sejam (kWh) tetapi ia adalah berdasarkan tarif asas, bukan mekanisme FCPT.
Abdul Razak berkata, dana RM500 juta itu dikumpul sejak Mac tahun lalu daripada generasi pertama IPP yang mengurangkan pembayaran kapasiti berikutan kelulusan mereka melanjutkan tempoh kontrak untuk 10 tahun lagi dan dana itu dipegang oleh TNB sebagai pemegang amanah.
Tiga IPP itu ialah Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. dan Segari Energy Ventures Sdn. Bhd., anak syarikat Malakoff Corp Bhd. manakala TNB Pasir Gudang, menerima lanjutan selama lima tahun sehingga 2017.
Penjimatan itu datang daripada pembayaran kapasiti yang digunakan oleh TNB untuk membayar konsesi kerana mereka tidak lagi perlu menanggung kos pembinaan bangunan loji tenaga.
Ketua Jabatan Unit MyPower, Azimah Abdul Aziz berkata, kos sebenar tenaga tanpa subsidi ialah sekitar 42 sen kWh berbanding dengan tarif semasa 38.53 sen per kWh.
"Memandangkan kos bahan api dijangka meningkat, jurang antara kos sebenar dengan tarif semasa dijangka meluas. Dalam erti kata lain, mengekalkan kadar tarif semasa, jumlah subsidi tahun ini akan berjumlah antara RM12 bilion hingga RM14 blion tahun ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan