Khamis, 26 Jun 2014

China bangkit.

Untuk menjadi negara maju,bagaikan Jepun,pernah menderita akibat kemusnahan perang dunia.China,negara berjiran Jepun mempunyai sejarah pahit dan getir demi kemanusiaan di Wilayah Asia Timur.

Dalam kesibukan mengatur urus tadbir negara untuk muncul sebagai sebuah kuasa politik dan ekonomi digeruni negara-negara di dunia,China bangkit melangkau dimensi pemikiran rakyatnya ke destinasi lebih jauh dengan kepemimpinan negara berpadu bersama rakyat untuk kepentingan rakyat dan bangsanya.

Dari suatu sumber,ikuti siri khas,mengenai Kebangkitan China di sini.Apakah negara China yang sering digelar Naga akan menguasai negara-negara  di sebelah timur?China,sebuah negara yang menghantui kuasa besar barat macam Amerika.

Amerika cuba berusaha mendampingi China dengan berbaik-baik dengan beberapa negara di Asia,agar dapat mengimbangkan kuasa politik dan ekonomi.

Wajarkah kuasa-kuasa besar dunia berebutan menjadi jaguh di daratan dan juga di lautan,yang mana kesudahannya memusnahkan ketamaddunan  di akhir zaman?

Tiada ulasan:

Blogger news