Isnin, 30 Jun 2014

Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan dipecat.

Isu terkini panas menggelegak...!
Universiti Malaya has denied that Prof Redzuan was removed from his position at the Faculty of Arts and Social Sciences, following pressure from the Education Ministry. - June 30, 2014.
Media maya berbagai versi memuatkan berita,Ketua UMcedel dibuang dari  perkhidmatan.

Berita pemecatan serta merta Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan (gambar) sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) tidak mengejutkan tetapi tetap mengecewakan dan tidak wajar.

Beberapa rujukan maklumat berita berkenaan,apabila dah terbit satu,pastinya berkembang berselerak.Sebagai contoh,di sini,

Baca pandangan DSAI(Dato Seri Anwar Ibrahim)juga yang disiar dalam laman portal Harakahdaily.

Sebelum keadaan cools,tulisan blogger bekas Orang Kuat UMNO,terus mencurah ideanya  di sini.

Mengikut perkembangan terbaharu,respons seorang MP UMNO,jelas menyokong tindakan KPM memecat Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan sebagaimana di siar di sini.Senario sebegini pasti mengheret dua kem politik untuk menguasai massa dan IPT.

Prof. Dr. Md Sidin Bin Ahmad Ishak pengganti yang dipilih oleh senate UM.
Lihat carta organisasi UM Fakulti of Arts dan Social Sciense. [disini.]

Ini adalah kenyataan pihak UM di atas pemecatan beliau sebagai suatu penafian?

Adakah Prof.Datuk Dr Mohamad Redzuan dipeteh oleh rakan-rakan di KPM?[Renung-renunglah]. 

Isu pemecatan ini membangkitkan lagi kehangatan kritikan dari kalangan para akademik menyatakan sikap agar UM bebas menentukan pendirian mereka dan juga dari  Persatuan  MUIM serta tokoh politik pembangkang sebagai dilapor .



Siapa benar dan siapa tidak benar,bergantung kepada niat menjalankan kerja dan operasi.Bukan soalnya ia bias atau tidak,namun yang terpanpang didepan mata,ialah kecemburuan dalam arena politik negara yang telah lama dirasai membebankan rakyat perlu diubah,dan kepemimpinan kerajaan juga sewajarnya berlaku lebih adil didalam profesionalisme demi memajukan rakyat dan negara.

Perang dingin antara Najib dan Muhyiddin sudah tentu teldua ah lama dihidu sejak dilantik menteri penuh dan timbalan presiden parti nasionalis Melayu tersebut.





Tiada ulasan:

Blogger news