Jumaat, 20 Jun 2014

Iraq sedang bermandi darah akibat perebutan kekuasaan.

Wanita dan kanak-kanak buntu untuk mencari perlindungan. Foto: AFPApabila pihak-pihak berkepentingan bertelagah merebut kekuasaan,rakyat menjadi mangsa.Sejarah kekacauan,sama ada perang saudara,mahu pun perang akibat pencerbohan kuasa asing,membuktikan hala tuju sebuah negara ditahap sangat buruk.Kedudukan ekonomi dan politik tidak stabil,akibat campurtangan kuasa asing.Pemerintah hanya menjadi boneka untuk menjaga kepentingan kuasa asing.Inilah penjajahan bentuk baru dilaku oleh negara kapitalis.


Perkembangan di Iraq membuktikan Amerika menjajah Iraq setelah menewas Saddam Husein dan mengangkat Kumpulan Syiah menerajui kerajaan baru.Pergeseran,pertelingkahan dan ketidakpuasan hati dikalangan rakyat dua mazhab utama Iraq berterusan.

Lebih-lebih lagi sekarang,bangkit pejuang-pejuang yang mengisytiharkan kumpulan yang mahu mendirikan negara Islam Iraq dan Syria (ISIL).Pertempuran baru antara kumpulan pejuang dengan tentera kerajaan merupakan satu babak baru huru hara yang ditanggung oleh rakyat Iraq sendiri lantaran terdapat kumpulan yang mendesak tuntutan mereka mendapat sokongan dari kumpulan yang mempunyai sama kefahaman dan aspirasi perjuangan.

Kumpulan Sunni merasakan kepentingan mereka didalam kerajaan telah dihakis oleh kumpulan Syiah yang disokong oleh Amerika.Hasrat Amerika untuk berundur dari Iraq,mungkin tergendala sejenak,apabila suasana baru berlaku.Amerika mahukan kepentingan mereka terjaga di bumi Iraq,terutama kepentingan kuasa minyak dan gas yang menjadi matlamat utama menceroboh Iraq ketika Sadam Husein memerintah.

Maka tidak hairan,kumpulan Kurdis juga melihat peluang ini sebagai satu laluan untuk bergabung dengan kumpulan yang mempunyai sama hala tuju memulakan serangan dari sebelah utara dan menguasai beberapa bandar strategik untuk terus menuju ke Baghdad.

Analisis awal menghuraikan bahawa kekecohan antara kumpulan pejuang menuju Iraq  sedang mengalami tentangan hebat dari tentera kerajaan Iraq.Ia menggambarkan suatu kesepaduan antara pejuang masih belum mantap didalam sebuah organisasi yang sepatutnya lebih gah jika sekiranya mahu mengajak rakyat untuk bersama-sama mereka.

Perjalanan mereka nampak baru bermula.Namun tentera Iraq yang disokong kapalterbang jet pengebom Amerika berterusan memburu tempat-tempat disyaki menjaid kubu-kubu pejuang.Yang menjadi mangsa adalah majoriti rakyat yang mencari tempat perlindungan menyelamatkan diri,anak-anak dan keluarga.

Andai medan baru di Iraq menyamai medan di Syria,sudah nyatalah angka korban jiwa semakin meningkat dan kemasukan kumpulan pejuang akan terangsang dari inspirasi kumpulan sedang berjuang.

Ramai rakyat disegenap pelusuk dunia memerhatikan perkembangan ini sebagai suatu cita -cita kumpulan ISIL merealisasikan cita mereka untuk menubuhkan pemerintahan Islam di Iraq dan Syria.

Cita-cita itu murni,Namun untuk mencapai suatu yang sangat tinggi nilainya didalam keadaan belum tersusun rapi,malah dikuasai kumpulan pejuang dan belum memperolehi sokongan rakyat majoriti,jalaan-jalan kemenangan tentunya akan menghadapi lebih banyak ujian dan penderitaan yang akan dialami oleh semua pihak.

Perjuangan Islam dijanjikan kemenangan oleh Allah swt.namun perjuangan itu hendaklah yang membawa keadilan kepada semua pihak.Sebelum memperolehi semua itu,kuasa asing penjajah dari golongan kuffar mesti dinyahkan dari bumi Ummat Islam,kerana merekalah golongan yang menghuru-harakan rakyat dan kestabilan negara asalnya.Mengapa tidak?Negara kuffar diketuai Amerika dan sekutunya yang meneruskan perjuangan mereka NWO(New World Order) untuk menjadikan dunia sebagai pentas drama mereka,dengan memperalatkan penduduk setempat sebagai buah-buah dadu dipapan catur demi mencapai matlamat mereka.[Sumber berita asal]

Wallahhu a'lam.

Tiada ulasan:

Blogger news