Sabtu, 28 Jun 2014

Pelajar UnisZA maut kemalangan motosikal dalam kampus

Al-Fatihah buat Almarhum semoga ditempat Allah rohnya di maqam hambaNya yang soleh.Kepada ahli keluarga kuatkan kesobaran.

Berita ini menyedihkan.Pada pagi ini,anak saya bergegas nak pulang ke kampus UniSZA,Temala.
Dia beritahu nak ziarah kawan nya meninggal. Almarhum merupakan rakan  sekelas dengan anak saya.
Muhammad Azri  Afandi  tinggal di Marang.
Menurut cerita dari anak saya,mereka menaiki motor bertiga.Muhammad Azri duduk ditengah.

Anak saya sempat bercerita ringkas tentang kejadian berkenaan.


Al-Fatihah.

BESUT: Seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kampus Tembila di sini meninggal dunia di Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan selepas dirawat akibat kemalangan jalan raya di dalam kawasan kampus pada Khamis lepas. 

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Kamaruddin Zakaria berkata, Muhammad Azri Afandi, 19, yang juga pelajar Fakulti Perkomputeran universiti itu, dan seorang lagi rakannya Ahmad Faizudin, 19, membonceng motosikal Ahmad Razin Abdul Rashid untuk pulang ke asrama setelah mengikuti kelas kira-kira 1.15 petang. 


Beliau berkata siasatan awal mendapati semasa perjalanan itu, Ahmad Razin, 19, tiba-tiba berasa pitam ketika melalui sebatang jalan lurus. 

"Beliau tidak dapat mengawal motosikalnya lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik hingga menyebabkan Mohamad Azri dan Ahmad jatuh," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Selepas diberikan rawatan awal di bilik kecemasan Hospital Besut, Mohamad Azri dihantar ke HUSM Kubang Kerian tetapi meninggal 11.35 malam tadi kerana kecederaan dalam dada. 

Ahmad Razin luka di paha kanan manakala Ahmad luka di kening kanan. Mereka diberikan rawatan pesakit luar di Hospital Besut. - BERNAMA 

Tiada ulasan:

Blogger news