Mari kita shares keperitan,ujian,dugaan,dan cabaran dilalui oleh saudara saudari seagama kita di tanah tumpah darah sendiri.
Penjajahan dari blok kafir,tidak henti begitu sahaja ke atas ummat Islam,sehingga Orang Islam terlondeh personalitynya ketahap moron menjadi hamba abdi secara tidak sedar di zaman moden.Perhambaan moden dengan gelar profesional,memang tak berapa terasa,kerana sudah dibayar upah tinggi mengikut kelulusan.Maka,tak tersinggun sangat.Tetapi ummat Islam wajar merasa rantaian gerakan Freemason dan Gerakan Yahudi Dunia,yang tidak merasa tenang dan senang apabila Ummat Islam bangkit dengan sesungguhnya mahu kepada pengamalan Islam sebenar sebagai Ways Of Life tanpa mengira kedudukan dan pangkat.
Bekerja didalam sektor apa pun sekiranya mengikut lunas syariat Islam adalah diharus sekiranya keperluan untuk muslihat umum,dan menjadi wajib sekiranya telah berada ditahap suatu keperluan menanggung sara kehidupan keluarga dan anak pinak.Selagi tidak haram dan mendatangkan dosa,dari segi sumber pendapatan.Namun,untuk meninggalkan ketetapan suruhan syariat,dalam menjalankan sesuatu kerja bukanlah cara terbaik,walau barat menampakkan ia terpuji,nampak smart dan cergas dan cerdas.
Mendedah sebahagian aurat diri(wanita)kepada bukan muhrim,tentunya termasuk perkara terlarang di sisi Islam.Apa lagi sekiranya wanita berada di dalam tempat orang ramai,melupakan auratnya ditonton dengan tanpa sedar atau disengajakan.Majikan yang tidak memahami tuntutan Islam terhadap menjaga aurat wanita,perlu diberikan kursus sewajarnya oleh pihak berwajib dari kerajaan yang memerintah negara,kerana di Malaysia,kita ada institusi yang menjaga dan mengurus hal ehwal agama.
Apalah salahnya,sekiranya pihak-pihak berkuasa tempatan bekerjasama dengan institusi tersebut mengadakan kursus KeIslaman kepada pekerja-pekerja yang beragama Islam,dan juga para Majikan mengenai Hak Wanita Islam memelihara aurat ditempat bekerja,sama ada di pejabat,atau pun di pusat-pusat membeli belah.
Amatlah menyedihkan kepada kita,pengguna Islam apabila memasuki pusat -pusat membeli belah mendapati pekerja wanita Islam,memakai pakaian seragam disedia oleh syarikat yang memang sengaja menjerumuskan mereka ke lembah menempa dosa,iaitu mendedahkan bahagian tubuh badan kepada sebagaimana Nabi bersabda,bermaksud,"berpakaian,tetapi bertelanjang".
Oleh kerana perempuan atau wanita Melayu,suka mencari kerja,walau upah tak seberapa,sanggup membiar diri dilondeh maruah,hanya nak kan sedikit kebebasan dan wang.
Inilah sebahagian daripada punca-punca keruntuhan akhlak dikalangan wanita pekerja Melayu yang sedang kita perhatikan masa kini.
Mereka akan kata,"Kita nak cari duit,nak tanggung adik sekolah".Aku baru lepas SPM,tak ada kerja tetap.
Penjajahan minda dan kerohanian dilaku oleh golongan kafir tidak henti begitu sahaja.Akibatnya,kecelaruan dan kelunturan aqidah tidak mustahil tidak berlaku disepanjang menjadi pembantu,sales girls,di pusat-pusat jualan pasaraya.
Amankah kita sebagai Ibu dan Bapa yang mempunyai anak-anak gadis yang bekerja di pusat membeli belah yang apabila telah masuk ke dalam acuan berpakaian syarikat,dapat memejamkan mata dengan nyaman,walau pun dibantu dengan wang ringgit???Rasanya jika masih mempunyai suatu maruah hebat,sudah pasti jawabnya,Maruah Diri lebih tinggi dari secebis wang kertas.
Sekilas kita mengimbas isu-isu disekeliling kehidupan kita,sama ada jiran,atau pun rakan-rakan kenalan,dan sahabat,serangan golongan kuffar untuk memadamkan Cahaya Islam tidak akan terhenti,sehingga orang Islam masuk lubang biawak sehasta demi sehasta,tanpa disedari.Wallahhu a'lam.Cerita Ori DISINI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan