Pakar Ekonomi,telah lama mengsensasikan TEORI LEDAKAN KEPENDUDUKAN.Mereka yang sempat menduduki STPM,sebeleum melanjutkan pengajian ekonomi di universiti tentu masih ingat.
Secara simplistik,mengikut akal manusia,peningkatan penduduk sesebuah negara menimbulkan isu-isu berkaitan tahap penjagaan anak yang menjaminkan keselamatan dan kesihatan,pendapatan yang sepadan dengan perbelanjaan akibat kenaikan kos sara hidup,dan seterusnya peluang survival kehidupan dalam persaingan sengit di bidang pekerjaan.
Memiliki sebuah keluarga besar memeriahkan kehidupan seseorang.Mungkin ada kurang bersetuju dengan memberi alasan sebagai contoh disebut di atas.Dan berapalah bilangan anak yang dimahukan,sekiranya pada usia lewat dua pulohan atau tiga pulohan ada yang masih bujang tidak berkahwin,malahan ada yang memasuki usia empat pulohan masih bujang.Tentunya ada hujah tersendiri.
Jika ditaqdir Allah swt,purata sebuah keluarga mempunyai enam orang anak,cukupkah itu untuk membahagiakan sepasang suami-isteri.Terserahlah.Disini,soalan pokok kita,kehidupan diakhir zaman yang penuh berbagai cabaran menggila.Padankah rakyat Malaysia dengan pendapatan RM1k ke atas yang tinggal dibandar untuk mengharungi semua itu?
Wang gaji dibelanjakan diperjalanan ke tempat bekerja,untuk minyak kenderaan,dan makan minum di tempat kerja.Masih adakah lagi untuk si anak dan perbelanjaan dapur di rumah..?
Melalui portal http://www.beritasemasa.com.my/bantuan-anak-1malaysia-ba1m-bonus-anak#more-58599,Berita Semasa mengenengahkan isu sebagaimana di coretkan di atas.
Wallahhu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan