![Penumpang di Stasiun Kereta Api Tanyong Mat menunggu di tengah penundaan keberangkatan yang disebabkan oleh dua buah serangan bom terhadap jembatan kereta api di Narathiwat pada tanggal 14 Mei. [Rapee Mama/Khabar]](http://khabarsoutheastasia.com/shared/images/2014/05/23/140522_RAPEE_TH_RAILWAYS-310_207.jpg)
Kejadian pengeboman ditempat awam,tembak menenmbak ditempat awam kerana mensasarkan puak tertentu secara bermaklumat telah begitu lumrah berlaku di Wilayah Selatan Thailand.Difahamkan persengketaan antara puak pemisah dengan pasukan tenera Thai bukan perkara baru.Ekoran beberapa kejadian yang menyayat hati,suasana sosio-ekonomi dan keselamatan orang awam sentiasa tidak terjamin.
Berita mengenai letupan dilakukan pihak bertanggungjawab sudah mangli.Berita guru ditembak,imam di ditembak,ketua kampong dibunuh bukan suatu rahsia lagi kepada anggota masyarakat setempat.
Tidak keterlaluan jika dikatakan ianya suatu pertembungan fahaman antara kumpulan berfahaman keagamaan (Kumpulan Pemisah Thai) dengan pihak berkuasan Thai yang berfahaman menganut agama Buddha.Kumpulan Pemisah Thailand didominasi oleh beberapa kumpulan Islamis yang menuntut kuasa otonomi bagi wilayah yang telah diketahui umum.(Patani,Yala,Naratiwat).Perjuangan mereka masih berterusan walau pun menghadapi berbagai ujian melibatkan korban nyawa.Reality..
Maka,kepada kita Rakyat Malaysia,apa berlaku sesama rakyat Thai semasa pergelutan kuasa baru-baru ni hanyalah suatu persediaan kepada mereka untuk menyusun dan mengatur strategi baru untuk berdepan kebangkitan Islam di Asia Tenggara.Amerika tentu lebih arif bagaimana mengatur biduk-biduk dipapan catur politiknya di Rantau Asia.Kini negara Vietnam telah pun menjadi rakan baik Amerika,tunggu lagi ianya terpaksa berdepan kuasa besar Asia,iaitu China.Jepun,Korea Selatan telah menjadi rakan niaga dan proksi kuasa politik untuk menguasai kelautan Laut China Selatan,maka adalah tidak mustahil,Thai menjadi pengkalan risikan Amerika ke atas pergerakan Islam di Asia Tenggara.
Oleh kerana rakyat Selatan Thailand juga terdiri dari Saudara SeIslam,yang juga ada pertalian darah dengan saudara kita di Malaysia,adalah wajar sumbangan kita salurkan kepada perjuangan demi menegakkan Islam di Wilayah tersebut,paling kurang doa.[sumber berita]
Wallahhu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan