Jumaat, 27 Jun 2014

Mesyuarat ITRC tumpu penurunan harga getah


MUMBAI - INDIA. Mesyuarat Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa(ITRC) yang dijadual berlangsung bulan depan di Malaysia akan memberi tumpuan kepada kemerosotan harga getah global, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

"Strategi yang perlu diambil akan bergantung kepada persetujuan antara tiganegara pengeluar utama getah dan kami berharap perbincangan mengenai pengawalan stok melalui konsep penawaran dan permintaan akan diadakan," kata beliau padapersidangan akhbar sempena Pameran dan Seminar Perdagangan Minyak Sawit (POTS) Malaysia-India 2014 di sini hari ini.



"Kita semua mahu harga yang lebih tinggi sedikit. Jika semua negara pengeluar menyumbang dengan mengawal pengeluaran getah, kita boleh menolak harga tinggi sedikit," katanya.

Uggah berkata negara-negara pengeluar boleh menerima pakai pelbagai strategi untuk menaikkan harga seperti mengawal pengeluaran dan penanaman semula.

"Bagi Malaysia, kami kini sedang menanam semula kira-kira 40,000 hektar padatahun ini, untuk mengurangkan pengeluaran kami, dan kami akan terus (dengan penanaman semula) tahun depan.

"Dalam kalangan negara ITRC, kami saling menggalakkan satu sama lain untuk melakukan penyelidikan mengenai penggunaan lebih banyak getah, memandangkan penggunaannya agak terhad pada masa ini," katanya.

Sementara itu, Uggah berkata beliau akan menemui Lembaga Getah India pada Selasa untuk membincangkan cara untuk menguruskan kesan harga getah yang rendah kepada penoreh getah.  

Bertemakan "Menguruskan Cabaran dan Mewujudkan Peluang melalui Minyak Sawit Malaysia", POTS Malaysia-India 2014, kali ke-33 dalam sirinya, bertujuan menonjolkan isu-isu kepentingan bersama, selain meneroka peluang-peluang baharu untuk mengembangkan aktiviti perniagaan.

Acara dua hari itu dianjurkan bersama oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, dengan sokongan Persatuan Pengekstrak Pelarut India. - Bernama
 

Tiada ulasan:

Blogger news