Katanya sekiranya perbuatan ini berterusan, umat Islam dan orang Melayu di Malaysia tidak memerlukan musuh dari luar untuk memusnahkan kesucian Islam dan bangsa Melayu di bumi sendiri.
.&
Sa ya amat dukacita melihat perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam
di Malaysia ketika ini, dalam masa pihak musuh sedang berusaha untuk
meruntuh dan merobek kekuatan umat dengan berbagai cara," katanya ketika
berucap pada Majlis Santapan Malam sempena perasmian mesyuarat agung
tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) peringkat
kebangsaan kali ke-53 di sini malam tadi.
Tunku Temenggung Kedah itu berkata pada masa ini agama Islam ditohmah dan
difitnah dengan begitu hebat sekali secara terbuka tetapi dalam banyak
keadaan umat Islam termasuk alim ulama tidak pula tampil untuk
membetulkan keadaan dengan menyatakan yang benar.
Beliau juga bimbang dengan keceluparan pihak tertentu di negara ini menghina institusi raja, agama Islam, Al-Quran, sistem kehakiman negara, dan institusi keselamatan negara melalui media elektronik dan sosial kerana jika tidak ditangani segera ia boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.
Beliau juga bimbang dengan keceluparan pihak tertentu di negara ini menghina institusi raja, agama Islam, Al-Quran, sistem kehakiman negara, dan institusi keselamatan negara melalui media elektronik dan sosial kerana jika tidak ditangani segera ia boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.
Kerja-kerja
tidak bertanggungjawab ini boleh memusnahkan tamadun yang kita bina
selama ini dan negara yang aman dan makmur boleh hancur dalam sekelip
mata sahaja. Umat Islam hendaklah bersatu teguh dan tidak bercerai
berai," katanya.
Tunku Sallehuddin juga berkata urusan dakwah Islamiah tidak boleh lagi dilakukan secara sukarela dan apabila ada kelapangan, dan hendaklah dilaksanakan sebagai satu kewajiban yang berpanjangan dan berterusan.
Tunku Sallehuddin juga berkata urusan dakwah Islamiah tidak boleh lagi dilakukan secara sukarela dan apabila ada kelapangan, dan hendaklah dilaksanakan sebagai satu kewajiban yang berpanjangan dan berterusan.
Beliau juga meminta umat Islam supaya mempunyai iltizam untuk berusaha agar suatu masa nanti undang-undang syariat Islam dapat dilaksanakan di bumi Malaysia yang bertuah ini.
"Di sini terletaknya kebijaksanaan kita supaya hukum-hukum yang ditetapkan itu dapat dilaksanakan dengan penuh keadilan di bumi Malaysia yang tercinta ini," katanya.
Mengenai Perkim, beliau berkata, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan sejak 1960, ia telah berkembang dengan teguh dan mantap sebagai sebuah pertubuhan kebajikan Islam yang bergerak cergas dalam bidang dakwah bukan hanya untuk manfaat orang-orang Islam malahan orang bukan Islam juga mendapat kebaikan.
"Sebagai NGO yang sentiasa menggunakan pendekatan kesederhanaan dan keterbukaan Perkim berjaya menjadi satu wadah yang diterima bagi memupuk muafakat dan perpaduan orang-orang Islam khasnya dan rakyat Malaysia amnya," katanya.
Turut hadir, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Yang Dipertua Perkim, isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Naib Yang Dipertua Perkim, Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - BERNAMA
DISYORKAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan