Selasa, 10 Jun 2014

Rombakan kecil kabinet Najib hari ini?

Dikhabar melalui The Malaysian Insider,rombakan kecil kabinet dilaku selepas kembalinya Najib dari Turkmenistan.

MCA,selepas keputusan PRU13 lalu mengugut enggan menyertai kabinet Najib.Gerakan,malang benar nasib nampak sepi,melainkan dihibur sedikit dengan menangnya didalam PRK Teluk Intan baru-baru ini.

Sehingga kini,Hishamuddin Tun Hussein Onn,terpaksa mengurus dua kementerian.Lazimnya,kementerian pengangkutan disandang oleh MCA berdasar rekod lepas.

Mengikut perkiraan rombakan kecil melibatkan satu jawatan menteri penuh dan tiga timbalan menteri.

Jawatan -jawatan terserlah terlibat iaitu menteri di kementerian pengangkutan,timbalan menteri di kementerian kewangan,pelancongan dan jabatan perdana menteri.sumber


Tiada ulasan:

Blogger news