Salam 1Dunia,
Sebarkan Salam demi mengagungkan Tuhan Maha Esa dan memuliakn Rasulullah s.a.w. serta ahli keluarga dan Para Sohabah serta pengikutnya Yang berIman sehingga ke Hari Qiamat.
Tiada khilaf lagi,bahawa kedudukan agama Islam itu yang tertinggi.Islam itu tinggi,dan tiada yang lebih tinggi darinya.
Dek kerana draf Perlembagaan Malaysia dipersiapkan di England dibawah Suruhanjaya Lord Reid,maka amatlah wajar bebebor sekiranya draf berkenaan dibentangkan diparlimen,tatkala arwah Tunku Abdul Rahman hendak mengisytiharkan kemerdekaan.Kecelaruan dan kelam kabut senario politik Malaysia semakin menjurus kepada perundangan berkisar kepada keutuhan perlembagaan.
Barangkali juga,itu diidamkan oleh tangan-tangan ghaib dibelakang perlembagaan tadi.Dengan agenda tersembunyi,ia memudahkan peranan mereka merosakkan rakyat jelata sekeliannya.
Semakin ramai rakyat yang pakar undang-undang meneceburi politik dan menjadi orang politik yang benar-benar mahukan sesuatu yang adil ditegakkan.Memandangkan momentum kesedaran memuncak,yang tertekan dalam polemik ini adalah mereka yang membawa ideologi parti yang berbeza yang terdapat di bumi Malaysia.Sedar atau tidak,parti-parti politik di negara sedang membangun seperti Malaysia sedang bergelut untuk mendominasikan massa bagi mempengaruhi undi serta sokongan dalam arus perjuangan politik tanah air.Hendak atau tak nak,walau masing-masing berada ditempat berlainan parti,atas nama kaum dan bangsa asal(bukan rasis yer),rasa hatinya tak kan tak terpanggil walau seinci pun untuk mendengar dahulu apa pandangan sahabatnya sebelum membuat keputusan.Maka tidak pelik,permainan politik antara DAP dan parti-parti komonen China didalam BN semakin mendesak agar keputusan dibuat secara nyata lagi jelas terhadap pendirian MCA dan Gerakan mengenai Hukum Hudud sebelum menerima jawatan kabnet ditawar oleh Najib.
Sungguh tidak boleh lari,bangsa China akan menguassai iklim atau horizon setempat negara,sama ada dalam ekonomi mahu pun politik melalui falsafah,"We Are Chinese"dimana jua di bumi ini.Tanpa mengira sempadan geografi,demikian jugalah Islam,wa'ima seseorang berkulit hitam,atau cerah,tanpa mengira bangsanya,atau keturunannya,mahu pun latar belakang sosio- budaya,jaringan Islam tetap perlu diutuhkan demi kedaulatan kekuasaan Islam.
Tanah besar China pun mempunyai penduduk beragama Islam sangat ramai,jika nak dibanding Malaysia,yang baru mencecah 29 juta penduduk.Jika dihjrahkan penduduk Islam China ke Malaysia demi Islam,pastinya rakyat China Malaysia yang masih belum memahami Islam akan terpukau melihat akan kehebatan saudara sebangsanya yang beragama Islam sangat hebat lagi tekun berdakwah.Lain pula rakyat China di Wilayah Xinxiang yang ditindas oleh kerajaan Komunis China,sudah pastinya mereka mahukan keadilan bagi mereka untuk mendapat hak-hak mereka di wilayah tersebut,terutama hak mengamalkan agama Islam.
Oleh itu,dengan perkembangan semasa mengenai Hukum Hudud,Kaum China diMalaysia,merasakan diri mereka dan hak mereka akan tergugat,dan terhakis sekiranya pembentangan Bil Persendirian Kanun Jenayah Syariah 2,negeri Kelantan dilakukan di parlimen.Hal ini menjolok mata komponen BN,terutama MCA dan Gerakan.Secara terang-terangan Pengeusi DAP,Lim Kit Siang awal-awal lagi mengugut pemimpin MCA dan Gerakan agar mengajak UMNO menolak Hukum Hudud.
Amboi,simplistik bebenor DAP.Baru sahaja selesai PRK Teluk Intan,dan Sofya Dayana,juga bergerak sebagai badut LIm Kit Siang sepanjang tempoh kempen.
Bukan senang nak senang didalam dakwah di Jalan Allah,lebih-lebih lagi berhadapan dalam politik multiracial macam Malaysia.PAS sedari awalnya,tetap dengan perjuangan Islam sebagai dasar parti.Dari awal penubuhan,sama ada secara solo atau berkerjasama dengan lain-lain parti,tetap menyertai politik sebagai dibenar dalam demokrasi,walaupun PAS juga mempunyai perlembagaan dan dimensi gerak kerja yang tersendiri sebagai sebuah organisai politik yang sah di Malaysia.
Maka usah keliru dengan dunia politik,sekiranya didalam dewan ahli politik bertegang leher,namun apaabila diluar dewan ada dikalangan mereka tetap shakesss dan semeja minum kopi.Ya,yang dapat dibacanya,"I Agree To Disagere"dalam certain kes.Politik tu macam tulah.
Namun,apabila di dewan terdapat lebih ramai wakil rayat beragama Islam dan komited kepada Islam,sudah tentu suara majoriti bakal menentukan halatuju Islam dalam arena politik negara.
Disinilah pentingnya kuasa rakyat mengangkat wakil-wakil ISLAM untuk memperjuangkan agenda Islam.
Dan dalam hal ini,PAS mengambil pendekatan Tahalluf Siasi(Kerjasama Politik) bersama-sama DAP dan PKR,walau berbeza prinsip antara satu sama lain.Memang berbeza antara BN dengan PR dalam mengorak langkah politik di Malaysia.Rakyat kena faham bebenor,bahawa PAS tetap dengan prinsip Islam,yang melibatkan dakwah dan politik yang mesti digerak serentak demi memahamkan rakyat bahwa Islam itu suatu Ad Din(Suatu cara hidup) yang tidak dijuzu'kan kepada bidang tertentu dan terpisah.Sesungguhnya Islam mempunyai kekuatan aqidah berteraskan tauhid dan bersumberkan al-quran dan hadis as sunnah Rasulullah s.a.w.
Maka,telah dibahas dan diperseutujui dikalangan pemimpin PAS untuk melakukan kerjasama politik bagi mengangkat suara Islam dan wakil Islam dalam arena politik tanah air.Tidak jemu-jemu pemimpin PAS menyeru rakyat dan pemimpin politik agar kembali kepada Islam dan melaksanakan hukum -hukum terkandung didalam Islam,seperti Hukum Hudud.
Kebelakangan ini,aspek dibincangkan ialah mengenai pelaksanaan Hukum Hudud,berkait perkara teknikal,sebagaimana di sebut oleh Muhyiddin Yassin tatkala bertemu pemimpin PAS.Dan secara zahir,satu perkembangan baik telah ditunjukkan oleh saf kepemimpinan UMNO,barangkali terlalu sangat awal dan terkedepan untuk dibuat judgement yang legal,untuk meletakkan UMNO komited secara 100% mengenai Hukum Hudud,dan yang terakhirnya diketahui pembentangannya diparlimen ditangguhkan dahulu.
Ya,soalnya sekarang,sekiranya dalam sidang parlimen dimasa kedepan,bergantunglah kepada kebijaksanaan speaker mengendali soalan-soalan wakil parlimen,kewajaran menjawab soalan berkaitan Hukum Hudud bakal membawa implikasi ke atas pandangan rakyat dan sikap rakyat terhadappolitik PR khususnya PAS.
Bagaimana????Adakah kita sebagai Rakyat Malaysia telah memahami sepak terajang politik komponen BN dan juga rakan kerjasama parti politik dalam Pakatan Rakyat dalam menangani Hukum Hudud.
Sesuatu yang amat sangat dinantikan oleh sejumlah besar Rakyat Malaysia,iaitu mahukan Islam mentadbir Bumi Malaysia agar kesejateraan dan kemakmoran melimpah ruah dengan izin Allah swt,semua makhluknya mendapat rahmat dan manusia mengenal erti hidup beragama dalam konteks sebagai seorang khalifah Allah di bumi.
Setiap orang itu adala Ketua,terutama bergelar LELAKI,sama ada sebagai Ketua kecil mahu pun Ketua besar.Dan setiap orang akan disoal di hadapan Allah swt di Mahsyar di atas kepeimpinan nya semasa di dunia.
Maka,kerja sebagai seorang Mukmin merupakan kerja sebagaimana dituntut oleh ISLAM.Dari Islam (menyerah/sejahtera) diri pada Maha Pencipta,kepada Islam(menyerah diri) seseorang perlu dikembalikan.
Janganlah Kamu mati,melainkan didalam Agama Islam,menyerah diri pada Allah Ta'ala.Jika mahu Islam,ambillah keseluruhannya,bukannya sebahagian-sebahagian.Dan jika tidak mahu Islam,tolaklah Islam keseluruhannya,bukan sebahgian-sebahagian.
Bukan dari ISLAM,jika mengambil sebahagian-sebahagian dan menolak sebahagian-sebahagian.Rasulullah s.a.w. mengajar supaya manusia mengambil Islam sepenuhnya "Kaaffah",bukan secebis-secebis mengikut kepentingan nafs dan duniawi.Wallahhu a'lam.[Baca berita dari sumber]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan