Ahad, 8 Jun 2014

Kenangan Ku di Sabah tempat pertama posting sebagai guru.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ken Hwa.jpgInilah lencana sebuah Sekolah Menengah yang asalnya beraliran China dan akhirnya melalui peralihan mengikut arus perdana negara didalam sistem pendidikan.

Apa cerita dengan sekolah ini..berkait dengan saya..?


Disinilah sekolah pertama saya bagi saya menimba pengalaman pertama didalam bidang pendidikan sebagai seorang guru.Saya dan beberapa rakan lagi di posting ke daerah Keningau setelah kumpulan guru-guru dari Semenanjung selesai melalui minggu orientasi selama seminggu di Maktab Perguruan Gaya,Kota Kinabalu pada tahun 1977 yang lalu.

Apabila telah mengetahui tempat posting,masing-masing sibok berbual-bual bagaimanalah suasana di tempat masing -masing nanti.Masa tu,manalah ada HP untuk tanya khabor.

Rakan-rakan di bawa makan angin dengan bas semasa minggu orientasi,disekitar bandar Kota Kinabalu.

Ketika itu,tahun 1977,jalan raya menuju ke Keningau,terdapat tempat yang jalanya belum bertar sepenuh,hanya batu gravel dan sah berdebu pada musim panas,dan berselut musim hujan.

Ketika itu,di Pekan Keningau,saya dapati sudah ramai rakan -rakan guru semenanjung yang lebih awal datang berkhidmat kerana disana ada sebuah sekolah menengah aliran kebangsaan SMK Gunsanad.Hanya ada empat buah sekolah menengah di Pekan Keningau.

Sebelum sampai Keningau,terdapat SMK Apin-Apin,dan SMK Bingkor.
Waduh...nasiblah,,bila tiba di sekolah Ken Hwa,memang dah ada brothers yang tinggal di quarters guru,,so no problems tempat tinggal.

Di kejauhan lagi,masuk ke pedalaman,disana sebuah sekolah,SMK Nabawan.Disini lagi adventurous...dari Pekan Keningau ke Nabawan kena naik pick up 4x,dan jalan raya ala pekan cowboys juak..he..he...

Di waktu cuti persekolahan,rakan-rakan dari Nabawan berkumpul di quarters Ken Hwa,,Seronok..masa bujang...ramai-ramai..tak lah ingat sangat kat kampung..ishhh..

Mengenang pengalaman di Sabah sungguh seronok...Tak termimpi mendaki Gunung Kinabalu...dengan izin Allah swt,,dapat melihat keindahan alam,Taman Negara,Gunung Kinabalu...Itulah nostalgia tahun 1977 sehingga tahun 1982..Ha..ha..

Wallahhu a'lam.

1 ulasan:

Nurulhidayah berkata...

Lama juga berkhidmat kat sana ea.. tentu banyak pengalaman yang ditimba..bole berbahasa dusun kadazan?

Blogger news