Sabtu, 17 Mei 2014

Wanita Sudan berdepan hukuman sebat kerana menukar agama.

Khabarnya,di negara Sudan kebelakangan ini tersebar satu berita yang boleh dimanipulasi pihak tertentu.Oleh kerana di negara Sudan  kedapatan penduduknya  yang menganut agama Islam,Kristian,dan juga berfahaman animisma,perkara pertukaran anutan agama  di negara ini semakin mendapat perhatian berbagai lapisan masyarakat sehingga ke peringkat antarabangsa.

Ada pihak anasir yang cuba mengambil kesempatan menangguk di air keruh dengan isu ini,kerana tidak bersetuju dengan Presiden Omar Bashir yang meluluskan perlaksanaan undang-undang syariah Islam.Dalam keadaan demikian,wajah Sudan sangat mudah dilihat sebagai sebuah negara yang tidak bertamaddun dimata dunia barat khasnya yang memang tidak bersetuju dengan perlaksanaan undang-undang syariah Islam.

Setelah melihat isu ini dibeberapa media,kedapatan berlainan  pandangan dari sudut media masing-masing.

Di portal The Guardian,turut menyiarkan berita berkenaan.Berita pertama yang sempat dibaca pada waktu siang pagi tadi di portal The Guardian.Kemudian di portal  tempatan juga turut menyiarkan berita sama.Portal Al Jazeera sememangnya menyerlah dengan isu yang menyentuh hati semua pihak sama ada penganut Islam atau Kristian.

Seindahnya bila berdepan dengan berbagai sumber berita,suatu tarikan nafas panjang harus dilakukan agar berlaku bergerakan oksigen yang secukunya/..Pandangan saja..

Berita ini bukan sekadar berita,malah memberi pengajaran pada semua yang beragama Islam atau bukan Muslim.Usah terkejut.Ilmu mesti dipelajari semoga dapat pencerahan.



Tiada ulasan:

Blogger news