
Kementerian Pendidikan menyasarkan semua sekolah akan dilengkapi kemudahan Internet 4G menjelang 2015 di bawah program 1BestariNet.
Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan berkata sehingga kini capaian kemudahan itu pada 86.3 peratus atau 8,746 buah sekolah.
"Kita masih kekurangan kira-kira 14 peratus dan akan mencapainya menjelang 2015. Kita melihat kepada sekolah-sekolah yang mempunyai akses bawah 2G, terutama di kawasan pedalaman," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan The Digital Education Show 2014 di sini hari ini.
Benar tak benar kena tengok implementasinya tahun 2015,apabila dilaksana ke seluruh negara.
Kita ragu,kut kuat bunyi sahaja.
Nanti keberhasilannya tahun 2015.Usah gila nama dimata dunia,tapi guru tanggung karenah,yang untung golongan korporat dan yang sejenisnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan