Sabtu, 17 Mei 2014

500,000 pemohon dalam pangkalan data JobsMalaysia.

JobsMalaysiaSyukor pada Allah swt.Seseorang diajar bersyukor supaya membesarkan Allah swt.Tanda kesyukoran hendaklah dikuti amal yang diredha bagi menyempurnakan status diri sebagai seorang insan.Sekaligus mengingatkan diri bahawa kudrat manusia terhad.

Setiap yang bernyawa akan merasai mati.

Berikhtiar untuk menyara kehidupan sesungguhnya dituntut agar tidak termasuk ke dalam golongan orang meminta-minta.Setiap yang  diusahakan mengikut saluran betul dan disertakan bermunajat pada Allah swt,menunjukkan pertautan seorang insan kepada Tuhan Maha Pencipta.

Dengan meletakkan diri sebagai hamba kepada Tuhan Maha Esa,adalah suatu manifestasi diri agar sentiasa meletakkan pengharapan kepada Allah swt didalam sebarang pencarian wa'ima berdepan berbagai kesukaran atau halangan.

Allah swt telah membahagikan waktu kepada manusia untuk menguruskan hal ehwal kehidupan sama ada untuk mencari rezeki atau beribadah.Bekerjalah disiang hari agar kamu boleh mencari rezeki,dan beribadahlah diwaktu malamnya.

Mengapa sedemikian yang dititahkan oleh Allah swt??

Ya,,manusia bekerja.Masa sudah tidak menentu lagi,kerana memikirkan keperluan menyara kehidupan.

Ya.Ada berfalsafah,"Duit segala-galanya".Tapi,"Segala-gala duit".

Nak masuk tandas kena RM0.50.

Nak bercakap,kena top up RM5.00..he..he..

Nak minum teh,kena RM2.00.

Nak mandi kena bayar bil air RM 50.00,atau lebih sebulan...Hahh..

Nak tengok wayang,kena tiket...huuhhh..

Seorang berusia lebih 60'an pun masih mahu bekerja..Jemu @bosan jika memerap kat rumah.
Orang akan tanya,"Tak keje hari ini?"

OKeylah...dah jadi putaran hidup..manusia perlu berbuat sesuatu,asal bukan yang haram dan mendatangkan bahaya malah dosa merosakkan jasad dan jiwa.

Masa muda mesti dapat pekerjaan yang Kaw-kaw gajinyer,,barulah berjalan tak senget.

Pecah berita.Hampir setengah juta telah berdaftar dengan JobMalaysia..Tunggulah giliran untuk dapat pekerjaan..Yang mustahak persediaan diri untuk memasuki alam bekerjaya.Kehidupan mesti diteruskan demi kelangsungan zuiriat dan ketamaddunan yang beradab.

Tiada ulasan:

Blogger news