Sabtu, 31 Mei 2014

Presiden Xi Jinping janji bantu Etnik Uighur.

Xi Jinpeng janji bantu masyarakat Islam XinjiangMoga ucapan lahir dari keikhlasan dan harapan besar Kaum Etnik Muslim Uighur adalah "Kata diKotakan".

Dalam satu pertemuan peringkat tinggi pegawai kerajaan,Presiden Xi Jinping, memberikan janji bagi keselamatan dan penambahbaikan khusus kepada rakyat China di Wilayah Xinxiang.

Xi berjanji kerajaan akan memberi tumpuan kepada pekerjaan, pendidikan dan pembasmian kemiskinan, kata kenyataan. Beliau berjanji menambah peruntukan pendidikan dan memasukkan lebih ramai kanak-kanak ke sekolah, tetapi tidak memberikan maklumat lanjut. 

Penduduk di wilayah ini,telah begitu lama di diskriminasi akibat polisi pentadbiran kerajaan Komunis  China yang cuba berterusan mengekang kebangkitan Islam.Selain itu,kebanjiran rakyat China etnik Han menyebabkan,kebimbangan dan kerisauan terhadap berlakunya kekacauan kaum.

Pihak pemerintah kerajaan Komunis China bertindak ke atas Etnik Uighur yang dikategorikan melakukan  kegiatan militan berkaitan diperingkat antarabangsa.Namun hingga kini belum kedapatan bukti nyata tehadap dakwaan tersebut.

Di Xinxiang,terdapat sumber petroleum dan gas.Inilah salah satu punca berlakunya kebanjiran pekerja dari Etnik Han yang cuba menguasai peluang pekerjaan dan menyebabkan berlaku diskriminasi dalam pengambilan pekerja.Kerajaan China berusaha memajukan wilayah bergolak itu dengan melakukan pemodenan dalam pembangunan bandar dan wilayah.

Yang lagi menyedihkan ialah soal agama Islam di Wilayah Xinxiang,terus dikongkong oleh pemerintah kerajaan Komunis China,alau pun dalam kenyataan beliau,mahu meningkatkan kemajuan didalam pendidikan dan memberikan gaji yang lebih tinggi.

“Strategi parti mengenai pentadbiran di Xinjiang terbukti tetap dan perlu diteruskan. Tumpuan kepada membentuk sepasukan ulama patriotik dan meningkatkan kualiti penduduk adalah bagi memastikan kepemimpinan pertubuhan agama berada di tangan mereka yang cintakan negara dan,” Xi dipetik sebagai berkata. 
[sumber]

Tiada ulasan:

Blogger news