Menurut sains psikologi,unsur rangsangan luar mampu mengubah seseorang,paling tidak ia boleh memberi kesan positif,setelah diambilkira dari berbagai sudut pemikiran dan kejiawaan.
Ulasan ini taklah berjela-jela macam jala,sekadar adanya dan bukan pula mengada-ada,Ishhhh...!
Bila masuk Bulan Rejab,Ummat Islam memperingati Israk Mi'raj yang dikurniakan oleh Allah swt ke atas Rasulullah s.a.w. Disinilah kehebatan didalam Agama Islam.Banyak kelebihan sekira-kiranya beramal didalam Bulan Rejab,bagaikan berpuasa sunnat,contohnya.
Maka,artis Nina Iskandar telah mengambil keputusan mendekatkan diri dengan tuntutan agama Islam menutup aurat.Suatu kejayaan ke atas dirinya sendiri.
Suatu unsur iaitu Brunei melaksanakan Hukum Hudud,dan inilah pemangkin yang turut mengubah diri artis ini.Moga keikhlasannya bulat malah tindakannya tepat dengan waktu,agar memenangkan tuntutan Islam di Malaysia didalam arah tuju PAS mahukan Hukum Hudud dibentangkan di parlimen.Namun,semua orang dah tahu akan cerita Hukum Hudud di Malaysia.Wa'ima jadi atau tak dibentang di parlimen,ianya mempunyai langkah -langkah tersendiri yang mengandungi hikmah.
Asalkan niat mendaulatkan Islam tetap subur dijiwa dan diteruskan sehingga berjaya,itulah keazaman semua mereka yang komited kepada Perjuangan Islam.
Semoga setiap permulaan untuk berubah dibentengi dengan persediaan ilmu serta amalan yang solehah.Wallahhu a'lam.[sumber]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan