Inilah,ruginya,apabila institusi raja dan istana serta kekuasaan yang ada tidak diambil peluang tatkala turun mencemar duli bersama rakyat dalam Solat Jumaat.
Rakyat mahu melihat seorang sultan turut menjadi Imam dalam solat dan turut berkhutbah di atas mimbar,dan bukan membaca khutbah.
Inilah suatu kerugian besar,apabila Orang Melayu bersultan kan Sultan sebagaimana yang sedia ada yang sama-sama kita lihat hari ini.
Demikian juga,rakyat mahu melihat seorang Perdana Menteri boleh berkhutbah di atas mimbar dan menjadi Imam dalam Solat Jumaat. Inilah suatu kerugian besar kepada ummat Islam Malaysia apabila mempunyai seorang Perdana Menteri yang hanya jadi makmum di belakang Imam.
Setakat hari ini,beberapa buah negeri tatkala di perintah kerajaan PR,telah menunjukkan suasana MBnya berkhutbah dan menjadi imam Solat Jumaat,itu pun dalam lingkungan yang terhad.
Titah Sultan tepat dengan sejarah Islam di Terengganu yang pernah menjalankan undang-undang Islam,namun ianya dihancur oleh British.Amat besar manafaat malah akan kembali semula kedaulatan Islam dengan kesepakatan pemimpin untuk merujuk kepada Kanun Jenayah Syariah yang telah dilulus oleh Tuanku Sultan Terengganu sewaktu PAS memerintah Terengganu dengan dilantik Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Menteri Besar dalam tempoh sepenggal(1999-2004).
Sekarang,tanyalah pemimpin UMNOBN Terengganu dan Pusat,terhadap Titah Tuanku Sultan Mizan.
Paling tidak,dengan terlantiknya Menteri Besar baru,UMNO Pusat dan negeri mampu memikirkan suatu tugas agama yang akan disoal di hadapan Allah swt di hari Mahsyar kelak.
Jika tak mahu jugak nak laksanakan,rakyat akan beri jawapan dalam PRU14 nanti.[sumber]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan