
Apakah Pulau Batu Putih sahaja?Bagaiamana dengan Tanjung Pagar,KTMB.di Woodland?? lagi banyak lagi tanah-tanah di Johor yang tergadai kepada rakyat Singapura.djual kepada rakyat Singapura..!!!
Dengan terbina Wilayah Iskandar,apakah As Sultan dan kerajaan Johor,UMNOBN dan kerajaan Malaysia tidak terfikir,berapa banyak lagi orang asing yang bakal memilik harta di Johor???
Adakah keuntungan material semata yang menjadi Tuhan dalam diri manusia???Bagaimana
dengan keturunan dan zuriat di masa hadapan??Dimana kah lagi tanah yang mungkin ada bersesuain harga untuk generasi masa depan???
Apakah kita hanya berbangga melihat Orang Asing mendiami di tanah Datuk nenek kita terdahulu,yang kini menjadi hak mereka dan kita sebagai anak tempatan hanya menjadi kuli dan menyewa rumah atau tinggal dalam rumah sekadar berteduh dari hujan dan panas??
Ikutilah jejak Kerajaan Kelantan yang tegas dengan Tanah,tidak sebegitu mudah melepas hak milik tanah kepada yang bukan rakyat Kelantan.
Ingatlah kita kepada pepatah;"Kera di hutan disusui,anak dipangkuan mati kelaparan".
Jika disaksikan,Inilah senario berlaku ke atas hak pegangan dan harta di Malaysia.Oleh kerana tergilakan pelaburan dan kemasukan pemodal asing,terlupa pulak nasib anak bangsa sendiri.Bukan soal anak tempatan dapat pekerjaan semata-mata,malah ianya kedaulatan negara dan keutuhan anak bangsa dalam membina kehidupan dengan persekitarannya subur dengan akhlak beraqidah.
SELAMATKAN JOHOR DARI TERGADAI.
Rakyat dan Orang Kenamaan tidak boleh terpisah agar negeri dan negara terselamat dari terjual.
Hindarkan penjajahan bentuk baru kerana tersangat pelahap kepada kemewahan dan keuntungan dunia yang sementara.
SELAMAT BERSIDANG DUN JOHOR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan