PRK Teluk Intan(Diamond Gulf)..Suatu nama yang menggiur semua orang yang mengejar kehebatan untuk memiliki "Diamond".Selain Teluk Intan,di Perak masih lagi ada nama Teluk Anson.Namun pada 31Mei 2014,sejarah politik Malaysia telah mengubah persepsi rakyat khasnya Rakyat Malaysia di Teluk Intan.
Suatu ujian besar ke atas minda rakyat Malaysia,didalam percaturan politik bagi menentang unsur-unsur yang dibawa dalam budaya politik UMNOBN selama lebih 56 tahun memerintah Malaysia.
Mengapa,selepas Bukit Gelugor,pentingnya Teluk Intan perlu dimenangkan?Di Bukit Gelugor BN tidak menurunkan calonnya,dan ternyata UMNOBN tewas.Demikian juga UMNOBN,hanya menurunkan parti komponen yang hilang kuasa di Pulau Pinang,untuk diletakkan calon menentang Calon DAP.
Menurut KM Pulau Pinang,Lim Guang Eng,rakyat Teluk Intan memerlukan wakil dari PR untuk membawa suara "keajaiban" di parlimen.Dengan memenangkan Calon DAP,Dyana Sofya,UMNOBN,akan melantik calon BN yang tewas sebagai menteri,dengan demikian,rakyat Teluk Intan untung DUA Kali,iaitu sekira menteri tak buat kerja,pastinya,YB MP Dyana Sofya pantau dan hentam di parlimen,Maka Ini kalilah Dua Kali Untung.
Rupanyer,politik Tionghua,UNTUNG>>>UNTUNG>>>UNTUNG>>>>> Bisnes dan Politik sudah lama sinonim..tak heran,,bila dua-duanya dikuasai,,mengikut politik,,,keadaan pemerintahan stabil..
Mai,kita lihat apa yang boleh dikongsi sama dari blogger mengenai perjalanan kempen PRK Teluk Intan. Paling tidak sesiapa yang mengundi pada 31Mei 2014,telah mempunyai jawaban bagi menangkis serangan pihak musuh.
Sepandangan pengamatan PRK,Teluk INtan mendedah seribu satu rahsia,khasnya kepada rakyat Perak dan Malaysia,apakah corak dan budaya politik UMNOBN mainkan dari dulu,kini dan selamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan