Jika mahu masyarakat terjamin dan rakyat aman sejahtera,segala dalang yang melakukan sindiket penyeludupan wa'ima apa sahaja barang dan bahan kegunaan harian mesti dikesan sehingga kepada mereka bertaraf VVIP.
Inilah dia jerung-jerung yang bermaharajalela sekian lama mengaut keuntungan dan meruntuhkan ekonomi negara.Penglibatan yang sudah memakan begitu lama masanya dan membawa kemewahan kepada sindiket,lambat laung terbongkar.
Demikian dengan rokok,beras,gula,mercun,bunga api yang sering menjadi barang buruan pihak penguatkuasa,mesti diselidik hingga ke akar umbi,bukan sekadar rampas penjual.Itu Ikan Bilis.
Tangkap Ikan Bilis,tidak menyelesaikan masaalah kegiatan penyeludupan.
Maka,tahap operasi perlu melibatkan dua negara atau lebih demi menyelamatkan pertukaran mata wang.Yang berani,logiknya yang tertitle Dato atau Datuk,VVIP atau orang atas-atas,berselindung disebalik berbagai nama samaran dan mengguna orang tengah.
Sama juga sindiket kemasukan pendatang tanpa izin,operasi berterusan yang benar-benar serious bukan main-main atau bermusim.Begitu mencemuhkan,apabila Ikan Bilis sahaja menjadi mangsa,dan jerung terlepas.
Kesimpulannya,jika orang atas hatinya sudah cerah,bersih,dan berasa cukup dengan yang ada,maka perbuatan jahat sedemikian dapat dikurang dan dizerokan.Namun,persoalannya,bila nak sampai kat situ?
Memang Malaysia Masih Aman,tetapi tidak semestinya bagai digambarkan.Masih terdapat lompang-lompang menyebabkan penyanggak sentiasa mencari ruang dan peluang.
Aku apa peduli,asalkan kroni aku kenyang dan mewah..Barangkali falsafah itu diguna pakai sekian ramai dari kalangan anggota masyarakat orang kita..Sorry To Say That..Kurang manis yeop..namun itu suatu hakikatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan