Jumaat, 30 Mei 2014

Berpatah balik.Sedar bot bocor.

Sesiapa pernah menaiki Bot Ekspres Sarawak,pasti menyimpan 1001 pengalaman perjalanan yang memakan masa berjam-jam untuk sampai ke destinasi.

Bukan soal lamanya masa perjalanan,tetapi keselamatan penumpang.Ia serupa dengan bot atau feri yang memuat pulohan malah ratusan penumpang.

Perkhidmatan bot, contoh,dari Jeti Shah Bandar Kuala Terengganu ke Pulau Redang pun memakan masa berjam-jam,namun yang pentingnya keselamatan bot.

Bagi mereka yang adventorous,suka mengembara,semuanya akan menjadi suatu sejarah hidup mereka.Tetapi,sekiranya,malang berlaku,apalah daya,sama ada selamat atau menemui ajal dan maut.

Di mana-mana pun ajal dan maut sentiasa mengintai sesiapa jua,tanpa mengenal siapa kamu.

Gambar di atas mengenai Bot Ekspres,yang dikatakan tersedar oleh juragan tentang adanya kebocoran.Bot memuat 95 penumpang,dan mengambil keputusan berpatah balik ke pangkalan.Seribu mujur kata kita.Baguih betoil juragan yer.

Cerita atau berita,pandai hang lah.

Tiada ulasan:

Blogger news