
Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN) telah menyerahkan draf pertama Rang Undang-undang Keharmonian Nasional kepada kabinet minggu lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.
Bagaimanapun, beliau berkata rang undang-undang itu yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948 masih lagi dalam peringkat perbincangan dan memerlukan lebih masa untuk dikaji.
"Rang Undang-Undang ini perlu diperhalusi dan diteliti secukupnya agar adil dan saksama untuk setiap lapisan rakyat.
"Kita ingin memastikan rakyat di Malaysia bersatu padu kerana rakyat di negara ini berbilang agama dan bangsa," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Wisma Bernama hari ini.
Jelasnya lagi, pihaknya sedang mengkaji dengan melihat dan mengambil beberapa contoh pelaksanaan undang-undang itu di negara luar seperti Singapuradan United Kingdom.
"Jumlah dan bilangan penduduk di negara kita dan Singapura jauh berbeza namun kita ambil mana yang baik untuk dijadikan contoh," katanya. [sumber]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan