Selasa, 27 Mei 2014

Dyana jawab tuduhan menipu sebagai peguam

Al Kisah,seorang Puteri Melayu,konon menderhaka kepada UiTM,kerana menjejak kaki didalam politik Pembangkang.

Maka rioh keseluruh Alam Melayu,konon seorang rakyat Malaysia berbangsa Melayu sanggup menggigit tangan yang pernah menyuapnya sebelum ini. INi ada kepelikan ker didalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan?

Didalam DAP,terdapat beberapa MP Melayu yang sedang bertahalluf siasi dengan PAS dan PKR.Mengapa tidak kelam kabut?He..he..

Puteri ini,Dyana Sofya,merupakan Calon Sulong Wanita Melayu  diketengah oleh Uncle LKS(Lim Kit Siang).Wow,,pada beliau,selaku Setpolnya,tentu ada mempunyai Ummphh..sebab itu di calonkan dalam PRK  Teluk Intan. 

Rupernya,bila Dyana bertanding,maka terbongkar rahsia Ibunya pernah menanggotai PERKASA,dan Dyana juga turut membantu Ibunya.Kah..kah...maka kain sudah terlondeh,,apa nak dikata lagi kepada PERKASA.Nak tunggu apa Pak Berahim kata sekejap lagi kut.

Kelihatan ada juga geng UMNO nampak macam "tergoda",sebagai tersebar di alam maya terhadap Dyana,dan mengingatkan pengundi agar tidak terpedaya dengan kecantikan.Itu Siapa yang kata??Ha...ha...cari sendiri.

Rupernya,lelaki UMNO terhidu bau yang tak sama dengan Puteri UMNO yang ada disekeliling mereka...Ishhhh....Jealouslah tu..

Sebagai orang muda dan pertama kali terjun ke medan kempen PRK,sudah pasti Dyana telah mengumpul berbagai pengalaman sehinggalah ke saat di umumkan keputusannya nanti.

Ada yang cuba sabotaj Dyana dengan tuduhan yang tak mengena.Nak kan buktinya.Biar betul bekas siswazah ini seorang Peguam dan peguambela?? INi mesti dah masuk perangkap Lim Kit Siang,sebab tu beliau dipilih Setpol dan Calon PRK Teluk Intan.

Oleh itu,bermulalah sudah suatu episod  baru dalam dunia politik di Alam Melayu,Orang Perempuan Melayu yang sepatutnya menyertai Puteri UMNO,sekarang sedang membina satu budaya landskap politik ala-Malaysia.

Kemungkinan besar,akan ramai lagi rakyat Malaysia Kaum Tionghua dan India akan menjadi calon PAS didalam PRU 14,Saksikan kebenaran ini.Doakan untuk Malaysia Yang Adil dan Sejahtera.

Tiada ulasan:

Blogger news