Ahad, 18 Mei 2014

Robot dalam pengajaran dan pembelajaran.Dimana manusianyer?

Veldan, robot yang menunjukkan cara sholat bagi siswa, hasil ciptaan seorang guru Iran.Rupanyer Pengarah Pendidikan Terengganu berkenaan dengan robot ciptaan seorang guru di Iran.

Pengarah Pendidikan Terengganu,dalam  Teks Perutusan Hari Guru 2014,dalam para ke 16nya, ada menyebut;

"Di dalam kesempatan ini,izinkan saya berkongsi cerita tentang super character yang mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah lebih bermakna.

Seorang guru di Iran,Akhbar Rezaie berusia 27  tahun,mengajar Al-Quran di sebuah sekolah di Varamin,Tehran,telah membuat robot yang inovatif sebagai alat bantu mengajar kepada murid-muridnya belajar solat.Apa yang menariknya tentang guru ini ialah beliau mengikuti kelas robotik tajaan sendiri.Akhbar telah memanfaatkan ilmu yang diperolehinya itu untuk menerapkan teknik pengajaran yang berbeza dalam pengajaran Al-Quran dan solat.Robot buatan Akhbar adalah humanoid berukuran kecil untuk muat di atas meja dan dilengkapi dengan motor bagi melakukan pergerakan solat.Inovasi ini memberi impak yang sangat besar kepada murid-murid."

Nak tahu berita asal mengenai hal guru guna robot tersebut sila baca disini.

Mengapa kita oleh kerana terpedaya dengan kreatif dan inovatif,tak guna terus manusia yang bernyawa dikurnia oleh Allah swt didalam PdP.Ini ustaz dan ustazah boleh jawab dan hurai kut.

Tiada ulasan:

Blogger news