Jumaat, 30 Mei 2014

Huawei akan buka pusat data, logistik di Nusajaya

Huawei 1.JPGMilik siapakah bangunan sebegini rupa?
Menurut berita tersiar,sebuah konglomerat luar dari negara China bakal membuka pelaburannya di Nusajaya,Johor. demikian latar syarikat berkenaan.




Berita tersebut menyatakan bahwa  Huawei Technologies (Malaysia), yang menerima status Pengendali Ekonomi Sah atau AEO daripada kerajaan Malaysia, memeterai perjanjian dengan Khazanah Nasional Oktober lepas untuk membuka pusat tersebut. 

Untuk meningkatkan unjuran ekonomi Johor,rakyat tempatan bakal teruja dengan peluang pekerjaan.Hanya yang layak sahaja dan yang berminat sahaja,kerana industri ini bertaraf global,memerlukan skills tinggi dan kelayakan tinggi.


Jika Orang Melayu hanya sekadar driver dan tukang cuci,dan penyapu lantai,alangkah malangya lagi nasib Orang Kita,dengan membawa pelaburan ratusan juta,yang menguntungkan segelintir puak tertentu.

Tengok,bidang kegiatan nya pulak;

Pusat itu dijangka mengendalikan kira-kira 1,500 kontena setahun dan dihantar melalui Pelabuhan Tanjung Pelepas, kata Sykes kepada pemberita Malaysia yang membuat liputan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke pusat pameran baharu Huawei di hab penyelidikan dan pembangunannya yang begitu luas, dekat sini. 

Semakin sibuklah dibahagian selatan Johor nanti.[...]


Pelabuhan Tanjung Pelepas.[...] Perkembangan ini sudah tentu membuatkan negara jiran merasa cemburu  kerana kegiatan perkapalan global akan berpusat disini.Huawei, yang mencatatkan hasil sebanyak AS$40 bilion tahun lepas memiliki lebih 70,000 pekerja R&D produk dan penyelesaian, membentuk lebih 45 peratus daripada jumlah tenaga kerjanya di seluruh dunia. [sumber]




Tiada ulasan:

Blogger news