Isnin, 26 Mei 2014

Ramkarpal menang majoriti 37,659 undi.


Gambar dari Harakahdaily,Calon DAP,Ramkarpal Signh,memperolehi 41,242 undi,diisytihar pemenang bagi PRK Bukiut Gelugor,dengan majoriti 37,659 undi.dan tiga lagi calon hilang deposit.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengurus Pilihan raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor Kapten (B) Anwar Yahaya di Dewan Sri Pinang.

Calon PCM, Datuk Huan Cheng Guan mendapat 3,583 undi sementara dua calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar (799) dan Abu Backer Sidek (225), undi rosak pula 539.

Sebanyak 46,099 pengundi atau 56.04 peratus daripada keseluruhan 82,431 pemilih mengundi di 17 pusat mengundi sebaik sahaja proses pengundian tamat jam 5 petang tadi.

Tiada ulasan:

Blogger news