Jumaat, 16 Mei 2014

Tertangkapnya ahli kumpulan militan mensasarkan konsulat asing.

Mohd Bakri ZininJika sebelum ini,Malaysia dikategori negara transit dalam aktiviti pengedaran dadah antarbangsa,kebelakangan ini terdedah pula sejenis aktiviti keganasan dari kumpulan militan.

Menurut berita tersebar,seorang warganegara Somalia terlibat dalam kegiatan kumpulan  militan Afrika,Al-Syabab,ditangkap di Selangor.

Dalam perkembangan terbaru pula,suatu kegiatan yang dirancang untuk menyerang konsulat asing terbongkar apabila pasukan PDRM telah menangkap suspek di Kepong.

Kelihatan kepada kita,bahwa ancaman ke atas keselamatan negara bersilih ganti dalam berbagai rupabentuk.Secara sinis,ada mengatakan,tak apa,"Malaysia negara aman".

Kepada yang peka ke atas keadaan geografi,negara kita ibarat macam bahagian ekor kepada seekor haiwan.Disekeliling oleh lautan timur,barat dan selatan.Hanya di sebelah utara bagai sebuah badan besar haiwan tersebut.Di selatan pula di kepung oleh negara Indonesia,Singapura dan di timur oleh Filipina.

Isu keselamatan ke atas perairan Sabah pun masih belum reda dan terjaga,ditambah pula isu sebuah pulau di Laut China Selatan yang menjadi pertikaian dan idaman atau rebutan oleh beberapa negara anggota ASEAN dan juga China.

Macam mana nak aman ma...!!!Ada caranya.Tukar kerajaan rasuah dan yang tidak berkeadilan malah menjengkelnya rasis.




Tiada ulasan:

Blogger news