
Seseorang pemimpin berwibawa mesti sanggup menangani krisis negara,sekaligus dirinya hendaklah bersih daripada salahguna kuasa dan melakukan penyelewengan semasa berada ditampuk pemerintahan.
Tanggapan negatif rakyat terutama yang pro-pembangkang membuak-buak setelah perkembangan buruk berlaku dikalangan pemimpin atasan dapat dihidu oleh gerakan pembangkang.Menukar ketua pemimpin yang mengetuai kabinet sesebuah kerajaan telah diterima umum sebagai satu proses dengan melalui jalan demokrasi.
Kejatuhan seseorang ketua kabinet kerajaan,memang tidak disenangi dari kalangan parti menang membentuk kerajaan,namun sejarah hitam yang melengkari rentetan perjalanan pentadbiran membuatkan rakyat semakin berani bertindak menggantikan ketua tidak disenangi dengan pilihan mereka.Dalam gelombang kesedaran rakyat mahukan perubahan,sebahagian dari unsur negatif termasuk rasuah,salahguna kuasa,penyelewengan,kronisme merupakan barah dalam sesebuah kerajaan.Secara sedar atau tidak,dengan penipuan yang dilakukan secara licik melalui undian pilihanraya,rakyat disogok dengan wang panas berselindung disebalik menolong orang susah atau bantuan kemiskinan atau apa saja nama kebajikan.
Sekali lagi,negara Thailand melalui jalan sukar untuk kemercu pengadilan dalam politik.Kegoncangan ke atas kedudukan Perdana Menteri Thailand memaksa beliau meletak jawatan dengan perintah mahkamah.Dalam keadaan haru biru negara untuk mengadakan pilihanraya,terdapat juga parti politik untuk memboikot pilihanraya yang akan diadakan dalam masa terdekat.
Sudah diketahui umum,Thailand kerap mengalami pertukaran perdana menteri dengan berlakunya gerakan agresif rakyat disokong oleh pihak tentera.Pertempuran antara penyokong kerajaan dan pembangkang bukan lagi perkara luar biasa,malahan kejadian sedemikian sudah begitu lumrah sehingga memakan korban nyawa.Memang tidak asing lagi,rakyat berdemonstrasi dijalan raya Kota Bangkok,dan juga dihadapan bangunan parlimen.[.....]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan