Sabtu, 3 Mei 2014

EU tagih simpati kerajaan.Apa mereka mahu???

Catherine Ashton
Wakil Peringkat Tinggi EU Bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Catherine Ashton.

Tatkala dunia melempah dengan sampah,itu saat manusia pun bernafas dalam sampah.Mengapa??Sampah disini analogi kepada ledakan maklumat dan berita.Aku bukan kata semua berita itu sampah.Maksudnya melempah ruahnya maklumat dan berita di alam maya bagaikan sampah banyaknya.



Ada yang bersifat "sampah"perlu ditanam didalam tanah.Ada perlu dibakar.Ada yang dikitar semula.Dalam sampah ada berbagai bahan.Ada yang membawa penyakit,kerana bahan yang tak perlu lagi diguna pakai dirumah,mesti dibungkus dimasukkan kedalam plastik.

Aku bukan menyampahkan orang,lebih-lebih lagi di alam maya,kerana orang juga akan menyampah kat kita.Dicelah-celah sampah pun,didalam sampah pun,dan dengan sampah pun ada manusia jadi jutawan,dan tempat buang sampah pun menjadi tempat manusia mencari rezeki.Hahh...so jangan anggap sampah tu semuanya sampah yang tak berguna.Ada sampah yang boleh menyuburkan tanaman jika diproses dengan betul.

Kepintaran aqal manusialah pula yang kena proses maklumat dan berita,dan bermohon pada Allah swt,agar berita diterima tidak memudharatkan diri dan orang lain.

Jika berita yang merosakkan kerohanian,minda dan kerukunan rumahtangga pun nak dibiar berkeliaran di media maya dan di luar sana,tandalah tu dunia dah sampai  kepunghujung.Banyak berita fasiq,yang tersangat banyak masa kena diambil untuk menapis berbagai berita dan maklumat.

Kewartawanan sejak dahulu kini dan selamanya akan diceburi oleh manusia.Tidak kiralah di atas talian atau di luar talian.Dek kerana tersangatlah hebatnya saat terkini manusia menyebar kan berita dan maklumat dan berkomunikasi,bagai macam tak berapa nak kisah lagi,jenis dan kategorinya pulak.Kenalah sendiri-sendiri berwaspada.

Soal EU,bagai memberi amaran kepada kerajaan dalam hal memberi kebebasan kepada media,itu bukan hal baru.Semua makhluk manusia tuntut hak nak kebebasan.Kebebasan apa??Jika kebebasan yang melanggar akhlak agama dan merosakkan aqidah,aku tak bersetuju dalam hal begitu..ha..ha...

Berita dari wartawan pun,mereka ada bias kepentingan,walau mereka memekak,agar wartawan kena berpengetahuan itu betul lah.Bengang jugak,jika nak jadi wartawan tak pernah ada basic kewartawanan.

Isunya disini,puak-puak yang sentiasa menuntut kebebasan ini,dah tercabut penunggul dari aspek aqidah.itu yang aku bimbang.

Harap-harap wartawan Muslims membina manusia dengan ilmu yang benar berdasarkan aqidah tauhid,mengajak manusia semakin mendekati Allah swt,disamping berkerjaya dibidang kewartawanan.sumber


Tiada ulasan:

Blogger news