Satu gelombang kebangkitan anak muda bakal menggemparkan kedudukan UMNOBN,bertepatan dengan timbul isu,"gigit tangan yang memberi",khususnya calon DAP dalam PRK Teluk Intan.
Anak muda semakin nyata lagi jelas dan telus dengan pandangan serta sikap yang mereka tunjukkan.Astroawani menyiarkan berita susulan perkembangan yang menyinggung perasaan dan hati pemimpin UMNOBN.
Arus kesedaran sedemikian boleh kah disekat dihalang,semata menyertai parti lain dari UMNOBN?Manusia yang hidup,adalah hidup jiwanya berdasarkan aqidah tauhid.Walaupun jasad hidup,sekiranya jiwa telah mati dari menerima cahaya Illahi,apa nak dikata dan diucap pada golongan atau kaum seperti itu?
Mengenai kesetiaan kepada negara dan pemerintah,usahakan suatu forum bagai diadakan oleh Sinarharian.Andai pemimpin masih tidak mahu terbuka,sebaliknya rakyat begitu hebat melawan arus deras perubahan zaman,tidak mustahil Malaysia akan mengalami suatu tsunami politik besar menjelang PRU14.
Inilah yang menggerunkan pemimpin UMNOBN,apabila ramai cerdik pandai didalam negara semakin jelas sikapnya menjauhkan diri dari UMNOBN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan