Selasa, 13 Mei 2014

ADUN Kijal dan Ajil keluar UMNO isytihar Bebas.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Gelora politik Terengganu semakin panas,walaupun MB baru telah mengangkat sumpah di Istana Syarqiyah,Kuala Terengganu.
Ghazali
ADUN Ajil,Ghazali Taib turut keluar dari UMNO dan mengisytihar diri ADUN Bebas.FMT turut melaporkan mengenai perkembangan tersebut.




Tindakan Datuk Ahmad Said keluar UMNO adalah suatu perkembangan terkini.Ada berani ker lain-lain ADUN keluar UMNO?Sudah lama diperhatikan oleh rakyat negeri ini.Tentu ada sebab yang tak boleh diterima aqal oleh sesetengah orang.Hakikatnya Ahmad Said ada prinsip,katanya dengan tegas.

Entah apa pula musibah akan menimpa UMNO Terengganu selepas ini sesama ikuti.Setiap kejadian ada asbab,dan itulah yang tertulis didalam kitab azalli Allah Ta'ala.

Berita tersebut disiar dari Harakahdaily.Semoga ianya bukan yang mendatangkan suatu fitnah ke atas tubuh badan orang berkenaan.[sumber]

Lain pula pandangan MP Pokok Sena,Datuk Mahfuz Omar mengenai krisis UMNO Terengganu sebagaimana turut disiar melalui portal yang sama.

Inilah lakonan mainan politik.Siapalah kita atas muka Bumi.Allah Ta'ala menghendaki manusia mencari yang Haq dari sisinya dan melaksanakan tuntutan agamaNya.Cerita tersiar di Harakahdaily.

DUN Terengganu pernah mengalami hanya ada 2 orang ADUN PAS sahaja suatu ketika dulu,dan Allah Ta'ala mengurniakan kekuatan kepada pemimpin PAS untuk terus menerajui perjuangan sehingga ke hari ini.

Memang PAS dan UMNO dok sama dalam perjuangan,demikian juga istiqamah pemimpin dan pendokong.Yang keluar,itu merupakan penapisan agar yang sebenarnya terus berada bersama-sama saf pemimpin dan jamaah.






Tiada ulasan:

Blogger news