Memang menyedihkan.Memang menyayat hati.Memang menakutkan. Oh...! berapa kali memang dah OAMS.
Apa tidaknya.Mati,tetaplah mati.Semua makhluk bernyawa akan merasai mati.Itu Sunnah Allah.
Yang menyedihkan tu bila lombong arang batu meletup.Dah tak tau apa nak cakaplah bila berlaku letupan.
Letupan ditempat lapang tak kan sama banding didalam tanah.Lombong kata kan.Lagi menyayat hati ramai pelombong terperangkap menjadi korban.Outlet tak mencukupi,ditambah gas methane,debu semua tu,wal hasil memang sesak nafas dibuatnyer.
Kawasan lombong arang batu ni,nadi penggerak ekonomi negara.Pekerjaan ini tak siapa boleh nafikan dari segi risiko tinggi merbahaya.
Insiden serupa pernah berlaku,bermakna dilombong itu kejadian lampau bagaikan menghantui pekerja-pekerja.Dalam ertikata lain,rekod kejadian telah sah ada disimpan didalam fail kerajaan,menjadi dokumen penting didalam negara.
Jika tak melombong,ia akan mengendalakan atau merencatkan kelancaran ekonomi negara.Arang batu, yang semua orang tahu,ia sumber bahan bakar untuk menjana tenaga distesyen tenaga elektrik.
Apabila insiden begini berlaku,sudah tentu pekerja mendapat bayaran perlindungan insuran.
Ya,pekerja berhak memperolehi perlindungan insuran tatkala menandatangani surat perjanjian dengan pihak syarikat.Atau pun,pihak kerajaan membayar wang pampasan di atas kematian pekerja kepada keluarga si mati.
Ya,terowong bawah tanah sedalam dua kilometer dari permukaan tanah.Itulah gambaran tempat bekerja selagi adanya perlombongan arang batu tadi.Oh...!! Yang menakutkan lagi,apabila dibayangkan bagaimana daya tahan pekerja dalam menghadapi hari-hari muka sebagai pekerja lombong,yang mana anak isteri dan keluarga telah mengenali bahawa ayahnya bekerja didalam lombong atau suamiku seorang pelombong arang batu.
Pekerjaan yang penuh risiko serta cabaran,bukan ianya suatu pekerjaan yang tidak halal,kerana sumber bahan galian tersebut dikeluarkan dengan menggunakan peralatan yang telah dijamin akan kekuatan nya.
Yang diluar pemikiran manusia untuk memikirkannya,ialah bala atau musibah yanag tidak diketahui.Namun sekiranya kejadian adalah dek kerana kecuaian manusia,sungguh malang lah atau pun kerosakan sistem ,perkara berkenaan mampu diperbaikkan melalui penyeliaan pihak berkuasa.
Kejadian letupan lombong arang batu di Manisa,ke barat Turki,telah memakan angka korban seramai 201 orang,dan sejumlah 787 orang pelombong terperangkap didalam kejadian tersebut Selasa lalu demikian menurut Menteri Tenaga Turki,Taner Yildiz.
Negara Turki pernah mengalami kemalangan letupan lombong arang batu pada 1992 yang menyaksikan 263 pelombong maut di Zonguldak.
Pada Allah swt,bergantungnya sekelian makhluk.DariNya kita datang,dan kepadaNya kita dikembalikan.sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan