Sabtu, 31 Mei 2014

BN menang tipis,majoriti 238 undi.Moral bagaimana???


Keputusan PRK Teluk Intan,sebagaimana disiar.

Dyana Sofya 19,919 Mah Siew Keong 20,157

Inilah peratusan yang keluar mengundi yang dikatakan mengecewakan,terbit dari mulut Pengerusi SPR.disini.
Ada sesuatu mesti dfikir bersama dari maklumat dipaparkan.

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

Saya sangat kecewa ramai taak keluar mengundi,,ehh..eehh..hu..hu..hu..Tak pa lah..dah menang pun..!!Nak risau apa pulak???SPR tak perlu nak risau. Semua settle dah..


Berbaju lambang parti dan tanpa memakai tag spr,memasuki kawasan mengundi.Ada sesiapa yang tak kenal siapa dia?

Masih boleh dijadi contoh orang seperti ini?
Bagi UMNOBN,No Problem...????

 Polis??Tak ada sebarang tindakan ker dari petugas parti PR??? Polis segan kut kat dia..He..he..Inilah samseng UMNO di Parlimen,selain Bung Mukhtar Radin.



Nombor telefon Pimpinan PAS digodam??Apa cerita??Dah tak ada cara nak lawan lah tu..!!!



Presiden Xi Jinping janji bantu Etnik Uighur.

Xi Jinpeng janji bantu masyarakat Islam XinjiangMoga ucapan lahir dari keikhlasan dan harapan besar Kaum Etnik Muslim Uighur adalah "Kata diKotakan".

Dalam satu pertemuan peringkat tinggi pegawai kerajaan,Presiden Xi Jinping, memberikan janji bagi keselamatan dan penambahbaikan khusus kepada rakyat China di Wilayah Xinxiang.

Xi berjanji kerajaan akan memberi tumpuan kepada pekerjaan, pendidikan dan pembasmian kemiskinan, kata kenyataan. Beliau berjanji menambah peruntukan pendidikan dan memasukkan lebih ramai kanak-kanak ke sekolah, tetapi tidak memberikan maklumat lanjut. 

Penduduk di wilayah ini,telah begitu lama di diskriminasi akibat polisi pentadbiran kerajaan Komunis  China yang cuba berterusan mengekang kebangkitan Islam.Selain itu,kebanjiran rakyat China etnik Han menyebabkan,kebimbangan dan kerisauan terhadap berlakunya kekacauan kaum.

Pihak pemerintah kerajaan Komunis China bertindak ke atas Etnik Uighur yang dikategorikan melakukan  kegiatan militan berkaitan diperingkat antarabangsa.Namun hingga kini belum kedapatan bukti nyata tehadap dakwaan tersebut.

Di Xinxiang,terdapat sumber petroleum dan gas.Inilah salah satu punca berlakunya kebanjiran pekerja dari Etnik Han yang cuba menguasai peluang pekerjaan dan menyebabkan berlaku diskriminasi dalam pengambilan pekerja.Kerajaan China berusaha memajukan wilayah bergolak itu dengan melakukan pemodenan dalam pembangunan bandar dan wilayah.

Yang lagi menyedihkan ialah soal agama Islam di Wilayah Xinxiang,terus dikongkong oleh pemerintah kerajaan Komunis China,alau pun dalam kenyataan beliau,mahu meningkatkan kemajuan didalam pendidikan dan memberikan gaji yang lebih tinggi.

“Strategi parti mengenai pentadbiran di Xinjiang terbukti tetap dan perlu diteruskan. Tumpuan kepada membentuk sepasukan ulama patriotik dan meningkatkan kualiti penduduk adalah bagi memastikan kepemimpinan pertubuhan agama berada di tangan mereka yang cintakan negara dan,” Xi dipetik sebagai berkata. 
[sumber]


Gambar dari Harakahdaily. 



Kehadiran manusia di acara kemuncak kempen PRK Teluk Intan pada malam terakhir.

Sebahagian petikan dari ucapan Calon DAP Dyana Sofya.

"Kita harus bersatu padu menolak politik perkauman, saya bertanding disini untuk runtuhkan tembok p erkauman dan timbulkan politik baru.

"Saya yakin majoriti rakyat Malaysia sama seperti saya, sudah tibanya untuk kita bangkit untuk tuntut semula negara Malaysia," ujar anak muda itu.

[sumber]

Nenek langsung perkahwinan pada usia 113 tahun.

FotoPerkahwinan di Xinjiang yang melibatkan pasangan dengan perbezaan usia yang begitu besar.

Seorang wanita berusia 113 tahun, Azatihan Sawuti semalam melangsungkan perkahwinan dengan lelaki berusia 70 tahun, Aimti Ahemti di wilayah Bachu, Xinjiang, selepas berkenalan enam bulan lalu.
Menurut laporan, Azatihan sebelum ini pernah menolak lamaran Aimti kerana merasakan dirinya terlalu tua. sumber

Kemalangan di jambatan Pulau Pinang.

FotoGeorgetown: Dua penunggang dilaporkan parah selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 7.1 Jambatan Pulau Pinang arah Butterworth menghala ke bahagian (Georgetown) 8 malam tadi.
Kemalangan membabitkan sebuah Mini Cooper dari arah pulau menghala ke Butterworth manakala Toyota Camry serta dua motosikal jenis Modenas Ace dan Yamaha LC pula dari arah Butterworth ke bahagian pulau.[SUMBER]

Perlu bersedia jika nak laksana hudud



Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, kejadian di Sudan perlu dijadikan iktibar.Khidmat bakti tenaga dari orang veteran yang pakar berpengalaman.sangat dihargai dalam memberi pencerahan kepada orang ramai terutama didalam perkara Hukum Hudud.

Menjelang hari mengudi PRK Teluk Intan 31 Mei 2014,Sabtu.

Mendengar cetusaan suara hati seorang Bakal Pemimpin menjelang hari mengundi di PRK Teluk Intan,31 Mei 2014,Sabtu,Semoga perjalanan mengundi esok lancar dan selamat sehingga diumumkan keputusan pada malamnya.

Sudi sekiranya pengundi Teluk Intan berfikir bagi memenangkan Dyana Sofya.

SURAT DYANA KEPADA PENGUNDI TELUK INTAN

Tuan/puan orang Teluk Intan yang baik budi,

Dua minggu sudah begitu memerah tenaga, namun sangat mengujakan. Sejak dinamakan oleh DAP sebagai calon pilihanraya kecil Teluk Intan, saya melalui pelbagai pengalaman dalam masa dua minggu ini jika dibanding dengan usia 27 tahun saya.

Pengundi Teluk Intan perlu memilih pemimpin muda untuk ke parlimen.

Kepada pengundi PRK Teluk Intan,usah terpedaya dengan mainan UMNOBN yang cuba mengelirukan keadaan.Esok 31 Mei2014,hari bagi menentukan milik siapakah Parlimen Teluk Intan...!

Presiden Gerakan,berada dalam suasana"serba salah" dengan tujuan agar dapat memerangkap pengundi Kaum China,dan sebagai suatu umpanan kepada pengundi Melayu.

Pada PRU13 baru ini,DAP menguasai Teluk Intan,setelah berhempas pulas berkempen,sudah banyak hujah diberi dan misi untuk PR ternyata amat jelas untuk suatu perubahan landskap politik Malaysia,seruan kepada pengundi Teluk Intan adalah untuk suatu keadilan dan kesejahteraan Malaysia baru menuju cita menjelang PRU14.

Kemenangan DAP dan PR didalam PRK Teluk Intan melonjakkan lagi momentum keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada kepemimpinan PR untuk sama-sama menaikkan suara rakyat dalam membentuk iklim politik Malaysia yang lebih terbuka.

Pengundi Teluk Intan wajar benar melihat kepimpinan orang muda demi membina arus pemikiran yang bertenaga dalam budaya Malaysia agar rakyat tidak terhimpit dengan kurafat lama parti nasionalis UMNOBN.


Jumaat, 30 Mei 2014

Doakan kesejahteraan untuk Presiden PAS.

Semoga Allah swt kurniakan kekuatan serta disembuhkan dari komplikasi kesihatannya.

Menurut berita Harakahdaily.Doakan untuk kesejahteraan Presiden PAS  Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Amerika memperlengkap Jepun dengan drone pertamanya.



Rupa drone yang dikata tidak dilengkap dengan senjata.betul ker?



Dengan tujuan mahu mengintip kegiatan Korea Utara dan China yang sering menjalankan ujian nuklear.

Korea Utara dan China sah bermusuhan dan menjadi pesaing kepada Amerika.Hasrat Amerika untuk menguasai lautan Asia Pasifik sejak dulu,dengan terlebih awal menawan Pulau Guam sebagai pengkalan mereka.[sumber]


Huawei akan buka pusat data, logistik di Nusajaya

Huawei 1.JPGMilik siapakah bangunan sebegini rupa?
Menurut berita tersiar,sebuah konglomerat luar dari negara China bakal membuka pelaburannya di Nusajaya,Johor. demikian latar syarikat berkenaan.

PAS Nafi Haron Din Bakal Keluar Parti

Berita yang menyangsikan harus disemak dan dinilai serta dirujuk kepada tuan punyer tubuh.

Terdapat juga berita tersiar dengan tujuan menangguk diair keruh dalam suasana tertentu dan meretakkan hubungan antara parti.

Kepada pembaca,berita mengenai Dr Haron Din,keadaan beliau diketahui ramai kurang stabil,sering ke IJN,Semoga beliau masih mampu menjalan tugas didalam hirarki PAS.

Dalam portal mStar ni,kena hati-hati beb.Aapa  pun kena cermat mengenai sumber berita agar tidak terfitnah.

Jika orang bahagian penerangan,yang munasabahnya harus mempunyai maklumat awal terhadap dakwaan berita tersebut telah menafikannya,harap ianya benar dan bukannya suatu spekulasi.

Pada diri aku sendiri,taklah terkejut sangat mengenai sebaran berita sedemikian,kerana sumber rujukan masih tetap unggul didalam PAS.

Barangkali ada pihak mahu berniat tidak baik menjelang PRK Teluk Intan esok,31Mei 2014.Musuh sentiasa mencari ruang dan pelung memecahkan kesepakatan didalam PR.


Berpatah balik.Sedar bot bocor.

Sesiapa pernah menaiki Bot Ekspres Sarawak,pasti menyimpan 1001 pengalaman perjalanan yang memakan masa berjam-jam untuk sampai ke destinasi.

Bukan soal lamanya masa perjalanan,tetapi keselamatan penumpang.Ia serupa dengan bot atau feri yang memuat pulohan malah ratusan penumpang.

Perkhidmatan bot, contoh,dari Jeti Shah Bandar Kuala Terengganu ke Pulau Redang pun memakan masa berjam-jam,namun yang pentingnya keselamatan bot.

Bagi mereka yang adventorous,suka mengembara,semuanya akan menjadi suatu sejarah hidup mereka.Tetapi,sekiranya,malang berlaku,apalah daya,sama ada selamat atau menemui ajal dan maut.

Di mana-mana pun ajal dan maut sentiasa mengintai sesiapa jua,tanpa mengenal siapa kamu.

Gambar di atas mengenai Bot Ekspres,yang dikatakan tersedar oleh juragan tentang adanya kebocoran.Bot memuat 95 penumpang,dan mengambil keputusan berpatah balik ke pangkalan.Seribu mujur kata kita.Baguih betoil juragan yer.

Cerita atau berita,pandai hang lah.

RM32 juta untuk Deepak.Bagaimana tak nak bayar faedahnya?Siapa lagi terlibat?


Saudagar permaidani Deepak Jaishikin [baca selanjutnya]



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek sedia membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan campur tangan dalam urusan pinjaman peniaga permaidani, Deepak Jaishikin yang diberikan Bank Rakyat.[sumber]



Putrajaya and Bank Rakyat must come clean over RM32 million loan scandal, say lawmakers

MP Pokok Sena ,Dato Mahfuz Omar.Naib Presiden PAS.


DAP urges Bank Negara to expose 'sweetheart deal' involving Putrajaya croniesJikadibiarkan,lebih ramai lagi perampok mengjahanamkan ekonomi negara

After failing to get Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to come clean on a RM32 million loan to carpet dealer Deepak Jaishikin, the DAP has now trained its guns on Bank Negara (BNM), urging it to reveal similar "sweetheart deals" where mega loans are given out to government cronies of "dubious financial standing".


Palestine memerlukan sokongan Ummat Islam sedunia.



Sumbang Ummat Islam sangat diperlukan.Hulurkan apa jua bentuk pengorbanan kita demi Saudara Islam di Palestine.

Kanak-kanak perempuan mati dikelar.

FotoMayat mangsa kelar kanak-kanak perempuan berusia lingkungan 3 tahun ditemui ditepi Sg Klang.



Waduuhhh...Sadis dan sungguh menyayatkan hati.

Dunia semakin tua bererti manusia perlu sentiasa beringat-ingat disepanjang perjalanan kehidupan.Kealpaan terhadap penjagaan kanak-kanak semasa membeli belah bukan suatu perkara mudah untuk dijadian alasan apabila terjadi insiden sebegini.

Itulah keasyikan yang dilayan tatkala membeli belah,entah apa keliaran mata pemangsa melihat peluang yang ada didepan mata untuk melakukan kejahatan.

Ya,Allah,sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan apa jua kejadian.

Semoga,balasan setimpal yang akan dikenakan ke atas pemangsa.

Ya Allah Engkau permudahkan urusan untuk menangkap pemangsa.Dan diberikan kesobaran kepada keluarga mangsa.Tajuk panas di my Metro.

6 MoAs antara Najib dan kerajaan China.

KL, Beijing meterai 6 perjanjian kerjasama

Najib bersama Keqiang memeriksa perbarisan kawalan kehormat pada sambutan rasmi lawatan rasmi ke China.



Xiamen University - logo 01.jpg

Xiamen University.

Najib juga turut membincang penubuhan Universiti Xiamen di Malaysia.[sumber]

Mengikut Najib,Malaysia mahu membuka pejabat  konsul yang ke lima di China,iaitu di.Nanning,dikenali juga "Green City"   because of its abundance of lushtropical foliage.[1]


Nanning Skyline
Bangunan pencakar langit di Nanning,China.

Salah satu perkembangan kemajuan didalam pertanian di China 
ialah didalam penanaman padi kacukan yang telah melalui kajian selama sembilan oleh seorang Pakar padi kacukan China, Encik Yuan Longping, [2]

Negara China mempertingkatkan perbelanjaan dibidang pertahanan sebagai di lapor oleh sebuah portal[3],dan perkembangan ini menggugah lain -lain negara di rantau Asia dan menyebabkan Amerika semakin cemburu untuk menguasai laluan Lautan China Selatan.


Unit peluncur rudal dan unit radar sistem pertahanan udara HQ-9 milik China. (hongqi.com)Sistem pertahanan udara China dari  Unit peluncur rudal dan unit radar sistem pertahanan udara HQ-9 milik China. (hongqi.com)[4].


Siapakah menurut gambar ini?Demi memperingati jasa beliau didalam bidang pertanian khususnya penanaman padi.[5].

Malaysia mengorak langkah dalam kemajuan pendidikan dengan penubuhan universiti pertahanan nasional. Menurut buletin utama UPNM,suatu kemajuan dicapai dengan termetrainya MoAs sebagi tersiar[6].Ternyata pihak pemerintah peka dengan dunia pertahanan dan rangkaian keperluan teknologinya yang semasa.

Perkhidmatan Pos [7] juga turut terlibat didalam perjanjian dengan negara China semasa lawatan Najib.

Kumpulan Pos China dan Pos Malaysia pula menandatangani memorandum sama bagi mewujudkan kerjasama antara kedua-dua agensi tersebut. 

Najib yang dalam rangka lawatan rasmi enam hari bermula Selasa lalu di Xi'an, kembali ke sini petang semalam selepas pulang ke Malaysia malam kelmarin untuk memberi penghormatan terakhir kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, yang mangkat kelmarin.

Di negara China,[10] peluang mengembangkan bidang keusahawanan sudah jelas terpampang dihadapan mata rakyat Malaysia.Saban waktu,rakyat Malaysia melancong ke sana,terutama melicinkan urusan perniagaan sendiri disamping melawat sanak saudara dan keluarga.[8],dengan pendekatan perniagaan ianya merapatkan hubungan dua hala diantara rakyat ke dua-dua buah negara selain hubungan diplomatik,[9]

Masih panjang perlunya diusahakan oleh Najib sebagai pemimpin ummat Islam Malaysia,iaitu mengenai nasib Ummat Islam Uighur,Xianxiang.

Najib tidak seharusnya pulang dengan tangan penuh peluang namun seakan tidak ingat bahwa ummat Islam Uighur saban hari berdepan dengan ancaman dan pembunuhan dari pasukan keselamatan kerajaan Komunis China.

Usaha dilaku hari ini bukan tidak baik,apa kata sekaliguskan untuk kesejahteraan Ummat Islam Uighur di Xinxiang.Wallahhu a'lam.







Hidup Berjiran



Fahamlah.

Bumbung Kompleks Renang Sukma Perlis Dibuang

Acara renang Sukan Malaysia ke -17 diterus walaupun bumbung kompleks runtuh.

Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) Edwin Chong berkata acara renang yang menawarkan 10 pingat emas itu bakal diadakan selepas bumbung kanvas dibuka.
"Kita akan teruskan acara renang, tidak ada masalah beraksi di kolam renang terbuka ataupun tertutup. Sukan SEA di Cheras dulu pun dijalankan di kolam renang terbuka.
"Kolam renang di sini boleh digunakan dan pertandingan boleh diteruskan selepas bumbung kanvas dibuka. Kita akan adakan pertandingan secara terbuka," katanya kepada pemberita sebaik sahaja kejadian itu berlaku.Apa takut,walau bumbung terbuka?renang saja.Ishhh.

Raja Dr Nazrin Shah diisytihar Sultan Perak ke-35

FotoRAJA Dr Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak ke-35, di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada jam 3.14 petang tadi menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam. - Foto BH Online
KUALA KANGSAR: Raja Dr Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak ke-35, menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam.

Istiadat Pelantikan Raja Pemerintah Perak yang baharu itu berlangsung di Balairong Seri Istana Iskandariah, di sini, pada jam 3.14 petang tadi. sumber



PAS Perak sembah tahniah perisytiharan Sultan Nazrin Shah [rujuk sumber]


Khamis, 29 Mei 2014

Kapal tangki minyak Jepun meletup.

JAPAN TANKER HIMEJIKebakaran kapal minyak Jepun dipersisiran pantai berdekatan pelabuhan Himeji,demikian lapor pengawal pantai.




Berita dari  sumber berkaitan dengan kejadian.

Menteri Datuk Seri Hasan Malek terlibat kemalangan.

Adalah dikhabarkan bahawa Menteri Datuk Seri Hassan Malek terlibat didalam kemalangan kecil,namun tiadalah kejadian kematian setakat tersiar berita.Berita lanjut di sini.

DUN Johor mula bersidang.

Sudah terantuk,baru tengadah.Betulkah Sultan Johor bagaikan memberi amaran supaya Pulau Batu Putih dikembalikan kepada Johor dan kerajaan Malaysia mesti berdebat semula di ICJ.

Apakah Pulau Batu Putih sahaja?Bagaiamana dengan Tanjung Pagar,KTMB.di Woodland?? lagi banyak lagi tanah-tanah di Johor yang tergadai kepada rakyat Singapura.djual kepada rakyat Singapura..!!!

Dengan terbina Wilayah Iskandar,apakah As Sultan dan kerajaan Johor,UMNOBN dan kerajaan Malaysia tidak terfikir,berapa banyak lagi orang asing yang bakal memilik harta di Johor???

Adakah keuntungan material semata yang menjadi Tuhan dalam diri manusia???Bagaimana 
dengan keturunan dan zuriat di masa hadapan??Dimana kah lagi tanah yang mungkin ada bersesuain harga untuk generasi masa depan???
Apakah kita hanya berbangga melihat Orang Asing mendiami di tanah Datuk nenek kita terdahulu,yang kini menjadi hak mereka dan kita sebagai anak tempatan hanya menjadi kuli dan menyewa rumah atau tinggal dalam rumah sekadar berteduh dari hujan dan panas??

Ikutilah jejak Kerajaan Kelantan yang tegas dengan Tanah,tidak sebegitu mudah melepas hak milik tanah kepada yang bukan rakyat Kelantan.

Ingatlah kita kepada pepatah;"Kera di hutan disusui,anak dipangkuan mati kelaparan".
Jika disaksikan,Inilah senario berlaku ke atas hak pegangan dan harta di Malaysia.Oleh kerana tergilakan pelaburan dan kemasukan pemodal asing,terlupa pulak nasib anak bangsa sendiri.Bukan soal anak tempatan dapat pekerjaan semata-mata,malah ianya kedaulatan negara dan keutuhan anak bangsa dalam membina kehidupan dengan persekitarannya subur dengan akhlak beraqidah.

SELAMATKAN JOHOR DARI TERGADAI.

Rakyat dan Orang Kenamaan tidak boleh terpisah agar negeri dan negara terselamat dari terjual.

Hindarkan penjajahan bentuk  baru kerana tersangat pelahap kepada kemewahan dan keuntungan dunia yang sementara.

SELAMAT BERSIDANG DUN JOHOR.

‘VIP di belakang sindiket diesel’

FotoOperasi berjaya  apabila mendapat sokongan orang awam dan pihak berkuasa menjalankan khidmat dengan berterusan bukan bermusim.

Jika mahu masyarakat terjamin dan rakyat aman sejahtera,segala dalang yang melakukan sindiket penyeludupan wa'ima  apa sahaja barang dan bahan kegunaan harian mesti dikesan sehingga kepada mereka bertaraf VVIP.

Inilah dia jerung-jerung yang bermaharajalela sekian lama mengaut keuntungan dan meruntuhkan ekonomi negara.Penglibatan yang sudah memakan begitu lama masanya dan membawa kemewahan kepada sindiket,lambat laung terbongkar.

Demikian dengan rokok,beras,gula,mercun,bunga api yang sering menjadi barang buruan pihak penguatkuasa,mesti diselidik hingga ke akar umbi,bukan sekadar rampas penjual.Itu Ikan Bilis.

Tangkap Ikan Bilis,tidak menyelesaikan masaalah kegiatan penyeludupan.

Maka,tahap operasi perlu melibatkan dua negara atau lebih demi menyelamatkan pertukaran mata wang.Yang berani,logiknya yang tertitle Dato atau Datuk,VVIP atau orang atas-atas,berselindung disebalik berbagai nama samaran dan mengguna orang tengah.

Sama juga sindiket kemasukan pendatang tanpa izin,operasi berterusan yang benar-benar serious bukan main-main atau bermusim.Begitu mencemuhkan,apabila Ikan Bilis sahaja menjadi mangsa,dan jerung terlepas.

Kesimpulannya,jika orang atas hatinya sudah cerah,bersih,dan berasa cukup dengan yang ada,maka perbuatan jahat sedemikian dapat dikurang dan dizerokan.Namun,persoalannya,bila nak sampai kat situ?

Memang Malaysia Masih Aman,tetapi tidak semestinya bagai digambarkan.Masih terdapat lompang-lompang menyebabkan penyanggak sentiasa mencari ruang dan peluang.

Aku apa peduli,asalkan kroni aku kenyang dan mewah..Barangkali falsafah itu diguna pakai sekian ramai dari kalangan anggota masyarakat orang kita..Sorry To Say That..Kurang manis yeop..namun itu suatu hakikatnya.

Patah tangan lawan peragut

FotoIni senario Malaysia,Ragut yang mencederakan mangsa.Keperihatinan orang ramai sangat dialukan tatkala terserempak dengan pemangsa melakukan perbuatan sedemikian.

Dalam kejadian ini,gambar di atas,managsa diberi pertolongan oleh orang ramai ketika melihat kejadian tersebut.

Namun,mangsa bergelut terlebih dahulu sehingga jatuh dari motosikal,dan beg dapat diselamatkan.Dalam kejadian,pemangsa menjadi panik dan memecutkan motosikal dalam  lampu isyarat merah.

Nak bantu orang kemalangan ni pun,bukan sembarangan orang .Takut jugak jika ada yang ambil kesempatan.Lainlah pasukan penyelamat khas yang memberi bantuan.Berita ini menjadi berita utama harian metro.disiar 290514.


The 25 Most Powerful Women In The World, 2014


Bukan sekadar berita.Ada sesuatu mesti difikir disebaliknya.

Muslim Uighur dihukum penjara.

Kumpulan minoiriti Muslim Uighur di Xinjiang,China sedang ditekan dengan tindakan keras dari pihak pemerintah Kerajaan Komunis China.

Terbaru,sebagai gambar,ramai yang ditangkap dan terdapat dihukum bunuh dan ramaia dipenjarakan.Mereka dituduh melakukan berbagai kesalahan mengikut peraturan dan undang-undang pemerintah komunis.[sumber]

D-Day,70 tahun dahulu dan kini.


Pasukan tentera perikatan mengalahkan tenetera German di NormandyIni Kisah Perang Dunia Ke 2.Kisah ini juga difilemkan untuk tayangan pawagam dahulu.

No hal,pada yang suka tonton filem.

Lagi.Bangunan runtuh.

Nampak hebat sebab yang demikian itulah dipanggil teknologi manusia itu canggih.Manusia membina mengikut ukuran aqal,namun kuasa serta ilmu Allah Ta'ala mengatasi segalanya.

Roof of Sukma Games Aquatic Complex collapses

Here again the news about collapsing roof.[continue reading here]
Untuk memahami KOD E.Dengar dan teliti melalui Video.

CHINESE WORDS AND PHRASES

Nak sebut dalam bahsa China,mai dengar dan sebut.

Rabu, 28 Mei 2014

Suami mahu pulang teman periksa kandungan.

Ini serba sedikit cerita komando mengamuk di Lahad Datu,sebagai dipetik dari Sinarharian.[sumber]

Tiada bukti Teoh Beng Hock dibunuh.

INsiden kematian Teoh Beng Hock,mengikut suatu keterangan tersiar dilaman blogger boleh diikuti selanjutnyadan terserah pada kita orang ramai memikir dan mengambil pengajaran.

Draf pertama RUU Keharmonian Nasional diterima

Nancy Shukri

Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN) telah menyerahkan draf pertama Rang Undang-undang Keharmonian Nasional kepada kabinet minggu lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Sultan Azlan Shah mangkat



Sultan Perak, Sultan Azlan Shah disahkan mangkat pada 1.30 petang tadi. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir.[sumber]

Gambar tambahan berita kemangkatan As Sultan.disini

Komando mengamuk di Lahad Datu.

FotoKomando bertengkar mengakibatkan seorang darinya maut dan yang lain cedera parah menurut suatu maklumat.

Kejadian berlaku dan cuba dilerai oleh dua pekerja pusat hiburan.

Masalah apa dipertengkarkan tidaklah dinyatakan.

Bahayanya,bila komando bertengkar dan mengguna M-16.Dulu pun dah berlaku dalam kes Prebet Adam vs Sultan Johor.

Pilihanraya Mesir dilanjut untuk menolong As Sisi.

Pilihanraya Presiden Mesir dilanjut sampai Selasa,memandang peraus pengundi keluar rendah.Langkah demikian,agar membuat undi meningkat.

Tidak sewajar rakyat Mesir keluar mengundi untuk  memilih seorang manusia yang bergelumang dengan darah rakyat sendiri,malah berlaku zolim ke atas Ikhwanul Muslimin.

Saranan supaya rakyat Mesir tidak keluar mengundi telah dihebah dari kepemimpinan Ikhwanul Muslimin.Jelas,dari tindakan mengejut pihak kerajaan melanjutkan hari mengundi menandakan rakyat telah memberi isyarat menolak untuk memilih As -Sisi. Rakyat Mesir mesti sebijaknya menolak As-Sisi supaya demokrasi dikembalikan semula dalam arus politik Mesir.


Anggota Polis Trafik merempuh kenderaan.

Keadaan kereta terlibat dan motosikal ditunggangi anggota trafik yang rosak. Foto kredit: facebook I Love Perlis.Seorang aggota Polis Trafik merempuh kenderaan ,demikian disiar dan gambar kemalangan yang berlaku.

Kejadiaan berlaku selepas anggota tarfik berkenaan selesai menjalankan tugas mengiringi kenderaan kontinjen negara Brunei didalam Sukan Malaysia.(Sukma).

Kes kemalangan akan disiasat di bawah;

 "Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara cuai,” katanya.

[sumber]


Pelaksanaan Hudud Di Brunei Antara Sebab Nina Iskandar Bertudung.

Ada keistimewaan yang ditampilkan dari gambar di atas?Tentu ramai rakyat Malaysia mengenali personality artis (pelakon baru) Nina Iskandar,asal dari Brunei.

Menurut sains psikologi,unsur rangsangan luar mampu mengubah seseorang,paling tidak ia boleh memberi kesan positif,setelah diambilkira dari berbagai sudut pemikiran dan kejiawaan.

Ulasan ini taklah berjela-jela macam jala,sekadar adanya dan bukan pula mengada-ada,Ishhhh...!

Bila masuk Bulan Rejab,Ummat Islam memperingati Israk Mi'raj yang dikurniakan oleh Allah swt ke atas Rasulullah s.a.w. Disinilah kehebatan didalam Agama Islam.Banyak kelebihan sekira-kiranya beramal didalam Bulan Rejab,bagaikan berpuasa sunnat,contohnya.

Maka,artis Nina Iskandar telah mengambil keputusan mendekatkan diri dengan tuntutan agama Islam menutup aurat.Suatu kejayaan ke atas dirinya sendiri.

Suatu unsur iaitu Brunei melaksanakan Hukum Hudud,dan inilah pemangkin yang turut mengubah diri artis ini.Moga keikhlasannya bulat malah tindakannya tepat dengan waktu,agar memenangkan tuntutan Islam di Malaysia didalam arah tuju PAS mahukan Hukum Hudud dibentangkan di parlimen.Namun,semua orang dah tahu akan cerita Hukum Hudud di Malaysia.Wa'ima jadi atau tak dibentang di parlimen,ianya mempunyai langkah -langkah tersendiri yang mengandungi hikmah.

Asalkan niat mendaulatkan Islam tetap subur dijiwa dan diteruskan sehingga berjaya,itulah keazaman semua mereka yang komited kepada Perjuangan Islam.

Semoga setiap permulaan untuk berubah dibentengi dengan persediaan ilmu serta amalan yang solehah.Wallahhu a'lam.[sumber]

Sejenak menjenguk PRK Teluk Intan.

PRK Teluk Intan(Diamond Gulf)..Suatu nama yang menggiur semua orang yang mengejar kehebatan untuk memiliki "Diamond".Selain Teluk Intan,di Perak masih lagi ada nama Teluk Anson.Namun pada 31Mei 2014,sejarah politik Malaysia telah mengubah persepsi rakyat khasnya Rakyat Malaysia di Teluk Intan.

Suatu ujian besar ke atas minda rakyat Malaysia,didalam percaturan politik bagi menentang unsur-unsur yang dibawa dalam budaya politik UMNOBN selama lebih 56 tahun memerintah Malaysia.

Mengapa,selepas Bukit Gelugor,pentingnya Teluk Intan perlu dimenangkan?Di Bukit Gelugor BN tidak menurunkan calonnya,dan ternyata UMNOBN tewas.Demikian juga UMNOBN,hanya menurunkan parti komponen yang hilang kuasa di Pulau Pinang,untuk diletakkan calon menentang Calon DAP.

Menurut KM Pulau Pinang,Lim Guang Eng,rakyat Teluk Intan memerlukan wakil dari PR untuk membawa suara "keajaiban" di parlimen.Dengan memenangkan Calon DAP,Dyana Sofya,UMNOBN,akan melantik calon BN yang tewas sebagai menteri,dengan demikian,rakyat Teluk Intan untung DUA Kali,iaitu sekira menteri tak buat kerja,pastinya,YB MP Dyana Sofya pantau dan hentam di parlimen,Maka Ini kalilah Dua Kali Untung.

Rupanyer,politik Tionghua,UNTUNG>>>UNTUNG>>>UNTUNG>>>>> Bisnes dan Politik sudah lama sinonim..tak heran,,bila dua-duanya dikuasai,,mengikut politik,,,keadaan pemerintahan stabil..

Mai,kita lihat apa yang boleh dikongsi sama dari blogger mengenai perjalanan kempen PRK Teluk Intan. Paling tidak sesiapa yang mengundi pada 31Mei 2014,telah mempunyai jawaban bagi menangkis serangan pihak musuh.

Sepandangan pengamatan PRK,Teluk INtan mendedah seribu satu rahsia,khasnya kepada rakyat Perak dan Malaysia,apakah corak dan budaya politik UMNOBN mainkan dari dulu,kini dan selamanya.

Selasa, 27 Mei 2014

Dyana jawab tuduhan menipu sebagai peguam

Al Kisah,seorang Puteri Melayu,konon menderhaka kepada UiTM,kerana menjejak kaki didalam politik Pembangkang.

Maka rioh keseluruh Alam Melayu,konon seorang rakyat Malaysia berbangsa Melayu sanggup menggigit tangan yang pernah menyuapnya sebelum ini. INi ada kepelikan ker didalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan?

Didalam DAP,terdapat beberapa MP Melayu yang sedang bertahalluf siasi dengan PAS dan PKR.Mengapa tidak kelam kabut?He..he..

Puteri ini,Dyana Sofya,merupakan Calon Sulong Wanita Melayu  diketengah oleh Uncle LKS(Lim Kit Siang).Wow,,pada beliau,selaku Setpolnya,tentu ada mempunyai Ummphh..sebab itu di calonkan dalam PRK  Teluk Intan. 

Rupernya,bila Dyana bertanding,maka terbongkar rahsia Ibunya pernah menanggotai PERKASA,dan Dyana juga turut membantu Ibunya.Kah..kah...maka kain sudah terlondeh,,apa nak dikata lagi kepada PERKASA.Nak tunggu apa Pak Berahim kata sekejap lagi kut.

Kelihatan ada juga geng UMNO nampak macam "tergoda",sebagai tersebar di alam maya terhadap Dyana,dan mengingatkan pengundi agar tidak terpedaya dengan kecantikan.Itu Siapa yang kata??Ha...ha...cari sendiri.

Rupernya,lelaki UMNO terhidu bau yang tak sama dengan Puteri UMNO yang ada disekeliling mereka...Ishhhh....Jealouslah tu..

Sebagai orang muda dan pertama kali terjun ke medan kempen PRK,sudah pasti Dyana telah mengumpul berbagai pengalaman sehinggalah ke saat di umumkan keputusannya nanti.

Ada yang cuba sabotaj Dyana dengan tuduhan yang tak mengena.Nak kan buktinya.Biar betul bekas siswazah ini seorang Peguam dan peguambela?? INi mesti dah masuk perangkap Lim Kit Siang,sebab tu beliau dipilih Setpol dan Calon PRK Teluk Intan.

Oleh itu,bermulalah sudah suatu episod  baru dalam dunia politik di Alam Melayu,Orang Perempuan Melayu yang sepatutnya menyertai Puteri UMNO,sekarang sedang membina satu budaya landskap politik ala-Malaysia.

Kemungkinan besar,akan ramai lagi rakyat Malaysia Kaum Tionghua dan India akan menjadi calon PAS didalam PRU 14,Saksikan kebenaran ini.Doakan untuk Malaysia Yang Adil dan Sejahtera.

MB Selangor beramah mesra dengan 5 beradik yatim piatu.

Kisah lima beradik menjadi yatim piatu,bukannya tidak dipedulikan.(Not cared).

Nah,sesama lihat.MB Selangor bertemu ramah bersama mereka dan saudara mara.[sumber]

Strategi Lautan Biru(BOS) semakin menyerang ke dalam pentadbiran .

Mengamati berbagai slogan dan pendekatan yang dikeluar dai mulut dan minda pihak-pihak "pereka cipta". 

Nak tau BOS,cuba jengah disini. [Bukan nak jadi Bos tau.]

Ini hal Hak Cipta terpelihara.Nak kena beli and bayar.Disini pun terdapat pandangan terhadap BOS Nampaknya rakyat prihatin mengenai BOS.

Apalah yang boleh dilahirkan dari ide Islamik dan Quranik??Bukankah kita juga tidak kurang hebatnya mempunyai pakar-pakar dan ilmuan Islam berkaitan bidang pentadbiran dan pengurusan?

Demikian seadanya.
Maka sesiapa boleh rekacipta dan sumbangkan kepada organisasi atau kerajaan boleh highlightkan.Ingat senang ker? Tapi tak mustahil.Sebab itu timbulnya BOS(Blue Ocean Strategi).

Dalam PRU,tahun 2004,Idris Jusoh menyerang Terengganu dengan Gelombang Biru hingga Kerajaan PAS tumbang.Itu hal politik.Konsepnya tetap sama wa'ima diaplikasi kedalam pentadbiran awam.

Rupanyer (BOS) sekali lagi menjadi Bos dalam pentadbiran kerajaan dan pentadbiran awam.Ianya diangkat untuk survival pentadbiran zaman Najib menggantikan pentadbiran lama zaman Mahathir.Kita disibukkan dengan e-Goverment yang semuanya mahu data dan kerja secara di atas talian.

Maka,tak heran,jika disesebuah sekolah,suasana line slow adalah perkara biasa menyebabkan akses kena tunggu masa agak lama.Bukan nak salahkan kerja di atas talian,namun,soalnya,internet perlu ditingkatkan powernya.

Sekarang juga kita dihebahkan dengan 5S yang turut di ketengahkan ke dalam pentadbiran.Semuanyer gara mahukan perubahan Transformasi,dan yang searus dengannya.

Tidak dinafikan,didalam Islam,terdapat unsur-unsur untuk penambahbaikan.Tanyalah para ustaz dan ustazah dan prof.

5S...kedapatan di banyak jabatan memaparkannya diruang awam;sebagaimana ianya,seperti ini, Ini diaplikasi dalam pentadbiran.

Paling terkini difahamkan dalam skop kecil didalam pengurusan di pejabat,seperti sistem pengemasan File.Barangkali masih banyak boleh diterokai untuk aplikasi di sektor lain didalam organisasi.Asal bukan mengjahanamkan kakitangan (pekerja)..

i) S- Seiri (Japan)-SISIH (Melayu).
ii)S- Seitor(Japan)-SUSUN(Melayu).
iii)S-Seiso(Japan)-SAPU(Melayu).
iv)S-Seiketsu(Jepun)-SERAGAM(MELAYU)
v)S-Shitsuke(Jepun)-SENTIASA AMAL(MELAYU).

Nampak taak,Najib masih menerus legasi Mahathir,"PANDANG KE TIMUR".


Cadangan Elaun Khas Baharu Penjawat Awam.

Cadangan CEUPACS,kerajaan perkenalkan elaun baharu khas sebanyak  RM400-RM500 kepada penjawat awam tinggal di bandar besar,bagai Ipoh,Johor Bharu.

Demikian,kata Presidennya Azih Muda.

Ada ker lain-lain cadangan tambahan bab elaun nih.

Mengapa bukan untuk keseluruhan penjawat awam sama ada tinggal di bandar biasa ker atau pun di luar bandar???

Sifir-sifirkan semula wahai Presiden.

Kan kita menuju Negara Maju Berpendapatan Tinggi.
Alahai,,,RM3k,RM4k,,,masih dikategori miskin.Apa nak kata.

Perkara ini wajar disemak semula atau COLA disemak kaji semula.

Rakyat memerlukan Side Income,paling kuran RM2K hingga RM4K sebulan bagi menampung kos sara hidup menjelang 2020..Biar betul buat perkiraan.


Semua sekolah dilengkapi Internet 4G tahun depan

P KamalanathanMengikut berita tersiar,Malaysia dicontohi negara maju,bagai Finland dan German dengan kerana Internet 4G,didalam program 1Bestari Net didalam sistem pembelajaran.

Kementerian Pendidikan menyasarkan semua sekolah akan dilengkapi kemudahan Internet 4G menjelang 2015 di bawah program 1BestariNet.
Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan berkata sehingga kini capaian kemudahan itu pada 86.3 peratus atau 8,746 buah sekolah. 
"Kita masih kekurangan kira-kira 14 peratus dan akan mencapainya menjelang 2015. Kita melihat kepada sekolah-sekolah yang mempunyai akses bawah 2G, terutama di kawasan  pedalaman," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan The Digital Education Show 2014 di sini hari ini. 

Benar tak benar kena tengok implementasinya tahun 2015,apabila dilaksana ke seluruh negara.

Kita ragu,kut kuat bunyi sahaja.

Nanti keberhasilannya tahun 2015.Usah gila nama dimata dunia,tapi guru tanggung karenah,yang untung golongan korporat dan yang sejenisnya.


Seorang Ibu meninggal bersama anak kecil dalam kebakaran kemalangan.

Kemalangan ngeri mengakibatkan kereta terbakar.Mangsa adalah seorang wanita bersama anak yang dikatakan meninggal.

Kenderaan lain yang terbabit sebuah pick-up dipandu seorang pensyarah bersama isteri.Mereka mengalami kecederaan ringan.

Al-fatihah untuk Isteri bersama anak yang telah pergi.Dari Allah kita datang,kepada Allah kita dikembalikan.

Sumber




Pope Francis:Seru ke arah keadilan dan perdamaian

Pope Francis (C) stands in front of the Dome of the Rock during his visit to the compound known to Muslims as Noble Sanctuary and to Jews as Temple Mount in Jerusalem's Old City May 26, 2014. REUTERS
Gambar belakang itu bukan Masjidil Aqsa.(Itu The Dome of The Rock).yang selalu ditunjuk konon itulah Masjidil Aqsa.

Wal hal,saban masa puak Yahudi Israel telah menggali terowong sekian lamanya untuk membina suatu tapak kuil mereka.

Seorang Pope,Pope Francis mengajak tiga kumpulan penganut agama terbesar dunia,Kristian,Yahudi dan Islam agar bekerja bersama-sama untuk keadilan dan keamanan.

Ini yang boleh mengelirukan.

Yang mengajak tu seorang Ketua Paderi Kristian.

Yang berterusan menimbulkan huru-hara di Baitul Muqaddis satu puak lagi,Yahudi.Yang membunuh rakyat Palestine,tentera Yahudi Israel.

Yang bekerjasama dengan tentera Yahudi,tak lain,puak Kristian.

Jadi,nak adil dan aman cam ner?

Bila Rakyat Palestine bertindak mempertahankan hak mereka,dikata pulak pengganas.

Kalu gini keadaan,lebih baik Pope jumpa Netanyahu.Boleh terima pakai seruan Pope ni??

(Review) X-Men: Days of Future Past.



Movie,suatu aspek hiburan.Semaksemula movie X-Men tentunya ramai meminatinya.[sumber]

Bekas Wartawan terima anugerah.



Bekas Wartawan Zainon Ahmad,seorang konsultan the Sun's,yang telah kembali ke Rahmatullah pada Mac 2013,di usia 70 tahun, telah dikurniakan Anugerah;

"the National Press Club-Ambank Media Legend award and the National Press Club-TM Lifetime Achievement Award at the 2014 National Press Club (NPC) Awards Nite today".

Anugerah berkenaan telah disampai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan diterima oleh anak perempuan sulongnya Zalinda Zainon.

Bagi sesiapa yang berjasa,jasa mereka tetap dikenang walau pun sudah kembali.Bak kata pepatah,"Harimau mati meninggalkan belang,Gajah mati meninggalkan tulang,Manusia mati meninggalkan nama".

Moga segala pengalaman arwah yang dicurah semasa hayat diteruskan oleh rakan-rakan seperjuangan di bidang kewartawanan.Sumber.




Pemuda mati berlumuran darah didalam bilik .

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.Insiden menggemparkan orang ramai disekitar.Dengan rasa mahu tahu,seorang bapa memecahkan pintu bilik tidur anaknya dan mendapati anaknya belumuran darah disampingnya terdapat sebilah pisau.

Sungguh menyayat hati bila kejadian begini berlaku.Tidak diketahui punca sebenar ke atas kejadian berkenaan.Peristiwa berlaku disebuah kampung,Kampung Bongor,Pasir Mas,Kelantan sebagaimana tersiar di media.



Blogger news