Khamis, 3 Julai 2014

Fasal diplomat buat onar,Menteri Luar New Zealand tawar diri letak jawatan.

john allen300Walau pun kita sering dengar,"lain padang,lain belalang"dan juga pepatah lain dalam alam budaya Orang Melayu,"dimana bumi dipijak,disitu langit dijunjung",dan yang paling kukuhnya,menjunjung perintah Allah swt,"mengajak kepada maaruf dan mencegah daripada yang mungkar".[Boleh baca SINI]

Para Nabi,diutus Allah sebagai penyelamat ummat mengikut zaman masing-masing.Mereka manusia terpilih didalam ilmu Allah,selain itu,Para Nabi juga menjalani kegiatan khusus sebagaimana kita ketahui,ada yang menjadi tukang,ada menjadi pengembala,ada berniaga.



Maka secara kronologinya,wa'ima diri kita seorang bergelar  jutawan,atau ahli korporat,atau pun seorang jurutera,dan lain -lain bidang profesionalisme,usaha menyeru manusia kepada Allah dan Rasul s.a.w. tidak boleh terlepas begitu sahaja.Kerana semua perkara semasa hayat di dunia bakal menunggu untuk dipersoal dihadapan Allah s.w.t

Setiap orang akan ditanya tentang penggembalaannya,iaitu orang bawahan dan disekelilingnya.INilah persoalan sangat berat,apabila kita memikirkan memikul amanah kepimpinan yang mana bukit bukau,gunung ganang tidak sanggup memikul,wal hal,sebaliknya,manusia yang lemah ini masih teus sanggup.

 Berita berkaitan di SINI

 Pentadbiran Perdana Menteri New Zealand John Key turut dikritik kerana dikatakan gagal mendakwa tertuduh dalam kes serangan seksual itu. Gambar fail.

Sama ada seseorang berpangkat tinggi besar,bergaji mencecah siling,mempunyai kuasa melepasi sempadan geografi,itu merupakan ujian Allah sw.t.dan ia nya juga boleh bertukar menjadi suatu musyibah apabila disalahguna akibat kealpaan,ataupun terpedaya dengan bisikan syaitan.Manusia yang mana didalam darahnya mengalir suatu kuasa nafsu yang dikuda-kudakan oleh syaitan,pastinya terleka bila dibuai bisikan pujuk rayu syaitan,lantaran itu membangitkan hawa nafsu dan tingkah laku luar kawalan.Ianya bukan suatu gamitan teori,terbukti berlaku dengan melebarnya didalam masyarakat kes-kes yang menjijikkan,memalukan,dan menjatuhkan aib maruah.

Sekiranya seorang menteri di negara luar sanggup meletakkan jawatan dek kerana terlalai atau terkurang cakna ke atas anak buahnya,apa lagi,tidak itu sautu respons sebagai menebus kesilapan.Namun,berapa ramai pemimpin di negara kita sanggup bersikap sedemikian...???

Coretan di atas ada kaitannya mengenai kes seorang diplomat Malaysia yang dikatakan menceroboh seorang wanita di New Zealand.

Berita ini tersiar luas dilaman sosial dan juga portal.Difahamkan,bahwa kerajaan  Malaysia akan menghantar semula ke New Zealand pegawai diplomat terbabit.Nampaknya wajah Malaysia tak seindah digambar dan dinyanyikan di corong radio dan di muka-muka TV.

Wallahhu a'lam.Siapalah saya untuk pergi lebih jauh dalam kes diplomat seperti ini.

Tiada ulasan:

Blogger news