Rabu, 23 Julai 2014

HAMAS berjuang tanpa sokongan negara jiran??

Gambar tentera IDF(Israel). yang mati didalam pertempuran dengan Briged Izuddin al-Qassam di Gaza,Palestine.

Negara sekitaran Palestine,bukannya tidaknya melihat dan mendengar penderitaan rakyat Palestine.Kehidupan mereka yang telah terbina didalam acuan "Barat Amerika"menyebabkan tiada rasa untuk menghulur bantuan.


Ruginya kehidupan,walau dilimpahkan oleh Allah swt dengan berbagai khazanah kekayaan hasil bumi,namun telah hilang kebertanggungjawaban terhadap jiran.

Cara gaya hidup sedemikian amatlah bertentangan dengan tuntutan agama Islam yang menghendaki rasa kasih sayang antara jiran,sama ada dalam konteks kemasyarkatan,kampung halaman mahu pun bernegara.

Mewujudkan organisai sebagai contoh,OIC,sehingga kini hanya menjadi beban ke atas keahlian anggota,kerana dari aspek ketenteraan dan keselamatan,ia adalah tanggungjawab nafsi-nafsi,aku,aku,engkau,engkau.Melihat kepada nama,bukan main lagi.Apa sebenarnya terkandung didalam OIC itu adalah,mereka sudah pun terikat dengan berbagai keanggotaan lain,seperti Kesatuan Afrika,Liga Arab.

Isem-isem dikalangan kepemimpinan negara  anggota juga menyebabkan tidak pernah berlakunya kesepakatan didalam kerjasama ketenteraan untuk menolong negara anggota yang mengalami penderitaan sebagai Palestine contohnya.
 Ianya jauh berbanding dengan NATO atau WARSAW yang telah membuktikan sebulat suara dan tindakan ke atas Afghanistan atau Iraq.

Malangnya kepada Ummat Islam,apabila kepemimpinan negara telah diracuni dengan fikrah kebendaan dan keduniaan dan berpaling daripada petunjuk al-Quran dan Hadith dan Sunnah Rasulullah s.a.w.dalam memerintah negara serta membangunkan rakyatnya.

Akan hilang lenyaplah kedaulatan sesebuah negara ummat Isam,apabila mereka yang berkuasa saling berebutan pengaruh,kekuasaan,pangkat,kemewahan harta benda,mengumpul kekayaan dan hidup berfoya-foya,dengan membiarkan rakyat memiih cara gaya hidup yang semakin jarak dari agama Allah dan melupakan tanggungjawab terhadap menegakkan tuntutan agama Islam.

Dalam erti kata lain,"Rakyat akan hidup sebagaimana caragaya kehidupan para pemimpin".
Sekiranya pemimpin berada pada landasan betul didalam tuntutan agama Islam,serta istiqamah  dengan perjuangan Islam,maka tidak timbul soal pemimpin terlibat dengan berbagai penyelewengan,rasuah,dan kezoliman.

Bilakah keadaan sedemikian akan menjadi kenyataan dalam negara kita?Doakan semoga bangkit suatu kumpulan,puak,jamaah yang berjuang dengan ikhlas bagi menegakkan agama Allah swt di Bumi Malaysia. Wallahhu a'lam.
[sumber]

Tiada ulasan:

Blogger news