Ternyata benar.Pada Hari ke -15,pihak tentera Regim Israel mengalami kemusnahan yang tak terduga.
Manusia merancang.Allah swt juga merancang.Perancangan Allah tiada siapa dapat mengatasinya.
Di ketika pemerintah tentera Regim Israel mengisytiharkan membuat serangan darat dengan kereta kebal,disokong bilangan tentera berjumlah mencecah angka pulohan ribu,disebaliknya yang berlaku ke atas kelengkapan persenjataan dan tentera mereka.
Tetiba saja,Mesir yang mempunyai Presiden haram yang baru,bersuara mencadangkan Gencatan Senjata.Inilah permainan pihak atasan tentera,apabila terdapat tanda-tanda merudumnya kekuatan pasukan perang disiapkan dengan sebegitu hebat.
Kemusnahan kereta kebal Merkava,terbunuhnya komander berpangkat tinggi tentera Israel,malah terbunuhnya lebih ramai tentera Israel memberi petunjuk bahawa pihak lawan mereka iaitu Briged Izuddin al-Qassam bukanlah calang-calang pasukan untuk dihadapi.
Sekiranya,tentera Regim Israel dan pemimpin Israel bermain tipu helah,ianya telah sedia diketahui oleh HAMAS melalui pengalaman sekian lama.Oleh yang demikian,dalam kegawatan dan kemusnahan yang makin parah dialami oleh rakyat Palestine akibat serangan bom jet pejuang F-16,tetiba Presiden Mahoood Abbas,mengesyor gencatan senjata ia adalah suatu yang tidak munasabah,dimana pejuang-pejuang bermatian menyusun strategik dan gerakan tempur melawan tentera Israel penceroboh penjenayah dan penjajah.
Apakah Mahmood Abas,merasakan ia boleh menang dimeja rundingan?Jika nak dibanding dengan Yasser Arafat,belum menampakkan kehebatannya.Adalah ditakuti,apakah nasib masa depan Mahmood Abas,jika ia meremehkan perjuangan HAMAS disaat-saat genting Gaza dikepung dan rakyat menjadi korban serangan bom fosforus.Disana masih tersimpan roket-roket merbahaya Israel,yang belum diguna pakai.Barangkali ia akan diguna tatkala Israel benar-benar didalam keruntuhan yang parah.
Jika dilihat berita disiar oleh portal barat,pastinya pihak mereka membangkitkan kemarahan orang ramai antarabangsa,bahwa ia hak Israel mempertahan diri dari serangan HAMAS,dengan memberi alasan tiga remaja mereka telah hilang dan disyaki mati.
Ekoran dari itu,seorang remaja Palestine di bakar hidup-hidup oleh pelampau Israel.
Namun,hak Rakyat Palestine untuk hidup dibumi Palestine,tanah air asal mereka lebih lama menderita dengan berbagai-bagai penyiksaan,pembunuhan beramai-ramai,dikepung dengan penjara besar antara sempadan yang memisahkan sanak saudara,antara anak dan ibu-bapa,merupakan jenayah paling besar pada abda Ke -21.seolah dipejamkan sahaja oleh kuasa besar Amerika serta sekutu-sekutu mereka.
Bangsa Yahudi yang telah dimurkai oleh Allah Ta'ala,sememangnya tidak boleh dipercayai,kerana dengan sikap dan amalan mereka yang memungkiri janji,mengkhianati perjanjian.
Siapakah sebenarnya Pengganas di rantau Timur Tengah,khusus lebih tepatnya di Palestine?Telah sedia dimaklum bahwa seluruh dunia Ummat Islam meletakkan Israel adalah Pengganas dan Penjenayah dengan rekod-rekod jenayah pernah dilakukan dan siri-siri pembunuhan diserata tempat didunia,yang didalangi oleh Gerakan Zionis.
Israel disokong dan didokong kuat oleh Yahudi Dunia,dengan tertubuhnya negara haram Israel pada tahun 1948.Maka dengan berbagai tipu helah,berlaku perpindahan Yahudi dari negara-negara di Eropah ke Palestine,dan seterusnya rakyat asal di bumi Palestine yang terdiri dari Bangsa Arab,pada asalnya menjalankan kehidupan yang baik,telah semakin dihimpit kehidupan,apabila semakin tahun tanah mereka dicerobohi oleh pendatang Yahudi.
Siapa tidak marah dan bangkit,apabila hak untuk menduduki tanah dan bumi tempat bertanam diceroboh?dan seterusnya dihambat.Justeru itu,Hak Rakyat Palestine unuk mempertahankan maruah diri,bangsa,agama,tanah air dan negara merupakan tugas serta tanggungjawab setiap rakyat Palestine yang sudah sekian pulohan tahun melalui penderitaan.
Perjuangan Rakyat Palestine merupakan perjuangan melawan suatu gerakan Yahudi Dunia yang menindas Ummat Islam dimana jua.Maka bangkitlah Wahai Ummat Islam memberikan sokongan dan sumbangan kepada Perjuangan Rakyat Palestine dan juga di lain tempat di seluruh dunia yang melibatkan nasib Ummat Islam dizolimi sekian lama.
Gambar-gambar pengebumian tentera regim Israel yang tewas di Gaza.
Artikel dari portal terpercaya menyokong bahawa HAMAS berhak mempertahankan Hak Rakyat Palestine di Gaza dan maruah negara mereka dengan apa cara jua.
sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan