Rabu, 16 Julai 2014

Pelajar dijemput Allah ketika bertadarrus di surau sekolah.

Perjalanan masa lampau telah begitu jauh berlalunya dalam kehidupan seseorang.Apa lagi tatkala seseorang dijemput oleh Tuhan Maha Esa,sudah tentunya ketika detik itu,ia sudah pun berada dialam lain.

Perjalanannya sekarang berada dialam barzah,yang pasti dilalui oleh setiap manusia,sehingga dibangkit di alam mahsyar.

Demikian,setiap orang merasai kelahiran ke dunia,hanya sekali,dan kemudian merasai kematian hanya sekali dan dibangkit di hari akhirat segala makhluk dijadikan Allah swt.

Kematian,suatu janji Allah ke atas HambaNya.Bila?Hanya didalam Ilmu Allah.

Seorang pelajar berusia 14 tahun,dijemput oleh Allah swt,ketika sedang bertadarrus di surau sekolahnya diwaktu pagi jam 7.35.Allah Maha Besar.Maha Kaya.Maha Mengetahui.Allah Maha Kuat Gagah,Menguasai Dunia(ALAM) dan Hari Akhirat.

Gambar kenangan Ku Iqbal (kanan) bersama rakannya.
 Allah swt lebih mengetahui atas segalanya.Itulah [Janji Allah]

Semoga di Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini,diatas amalan soleh yang dilakukan,semoga rohnya ditempatkan dimaqam HambaNya yang soleh.Al Fatihah.

Redhalah dengan pemergian seorang anak,Wahai Sang Ibu dan Bapa serta seluruh ahli keluarga.

Kesedihan tetap menyelubungi wajah-wajah ahli keluarga sanak saudara,namun Allah lebih mengetahui segalanya.Wallahhu a'lam.

Iringi pemergiannya dengan keinsafan serta keredhaan.

Tiada ulasan:

Blogger news