Berita ini dimaklumkan kepada saya oleh seorang anak yang baru pulang ketika sedang waktu bersahur.
Allah hu Akbar..!
Hari ini Jumaat.Hari yang mulia didalam Agama Islam.Penghulu segala hari.Ummat Islam telah memasuki Hari ke 20 mengerjakan Ibadah Puasa Ramadhan 1435 Hijriah.
Berita sebuah pesawat MAS MH17 membawa 295 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur jatuh ditembak disempadan Ukraine, menjadi tajuk utama sebagaimana disiar oleh mStar.

Banyak gambar terakam sebagaimana dilapor media. Menurut suatu sumber,kejadian itu berlaku akibat "info lama" tersimpan didalam rekod minda tentera pemberontak kerana sebelum ini sebuah pesawat An-26 juga telah ditembak dilaluan sama.
Ekoran insiden, satu Sidang Media diadakan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Perdana Menteri menegaskan suatu siasatan khas diadakan bagi menangani insiden tersebut.
Dalam masa sama Menteri Pengangkutan berada di Beijing,dan insiden ini merupakan suatu cabaran kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai yang pastinya ianya "tugasan"baru dalam kes insiden MH17.
Read more at: http://english.astroawani.com/news/show/datuk-seri-liow-tiong-lai-is-the-new-transport-minister-38394?c

Berita terhempas nya MH17 tersebar luas dan menjadi berita terhot seperti insiden misteri MH370.
Diberitakan ramai penumpang pesawat MAS MH17,akan menghadiri satu persidangan AIDS di Melbourne,Australia seperti dijadualkan.
Ya, perjalanan penerbangan bersambung dari KL ke Melbourne.
Walau pun rakyat dikejutkan dengan insiden malang tersebut,barang diingat bahawa insiden yang berterusan berlaku di Palestine mesti juga diingat,kerana nyawa ummat Islam yang terkorban telah mencecah angka ratusan dan ribuan orang tercedara dan meninggalkan kediaman mereka.
Perkembangan terbaru,kereta kebal Israel mula memasuki Gaza,sebagaimana dirancang oleh pihak pemerintah negara Israel.Semoga insiden pembunuhan di Gaza tidak melelapkan mata Ummat Islam,dek kerana insiden MH17 yang baru berlaku.
Di lain sumber,kedapatan berita menyiarkan insiden berkenaan disini.

Senjata peluru berpandu BUK di guna pemberontak Ukraines.

Adakah Vladimir Putin,Presiden Russia akan berlepas tangan begitu sahaja..??Baca sini mengenai BRICS iaitu kelompok bakal kuasa baru mengalihkan perhatian dunia.
Kuasa negara ini bakal bersaing didalam kewangan antarabangsa untuk mengalihkan penggunaan matawang dollar Amerika.

Vladimir Putin baru sahaja kembali dari Konvensyen BRICS(Brazil,Russia,India,China,South Africa) di Brazil.
Barack Obama sudah pastinya naik angin seluruh tubuh apabila mengetahui hal sebegini.
Di sini boleh diperolehi maklumat senarai krew MH17 seperti tersiar seramai 15 orang.yang dikatakan terbunuh.
Sumber Berita Harian menceritakan serba sedikit mengenai hasrat Pilot MH17 untuk mengerjakan haji pada bulan depan.
Pemberontak menganggap pesawat itu merupakan pesawat pengangkut tentera,kerana sebelum ini pun mereka juga menembak sebuah pesawat An-26 dekat Torez.Pemberontak Ukraine menggunakan peluru berpandu darat ke udara mengikut sumber risikan.
Ummat Islam di Malaysia baru sahaja mengalami trauma MH370,dan hari ini dikejutkan pula dengan kejadian baru.
Dari portal ini galeri gambar pesawat terhempas dengan jelas menunjukkan lokasi insiden berlaku.
Perbualan menarik diantara pemberontak dan agen perisik sejurus pesawat ditembak jatuh oleh pemberontak pemisah Ukraine.
Cerita ahli keluarga krew MAS MH17 seperti tersiar sungguh mengejutkan seorang bapa.
yang bersiap menyambut anaknya pulang.
Gambar serpihan pesawat MH17.
Urutan masa kejadian ke atas MH17 seperti dipetik.
Melalui artikel ini dengan izin mungkin boleh membantu serba sedikit mengenai konflik di Ukraine seperti di tulis blogger .

Adakah warna yang mengeliruak?kan menjadi punca pesawat ditembak..???
Antara logo MAS dipesawat MH17 dan Bendera Rusia yang telah mengelirukan pandangan serta pemikiran pemberontak Ukraine untuk mereka mencari alasan menembak jatuh..Entah ya ker tidak..??
Bendera Russia.
[Gambar bawah suatu pemandangan hijau yang luas sebuah kawasan padang menunjukkan bahagian ekor pesawat tercampak jauh dari bahagian lain.]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan