Berbagai senjata perang direka disepanjang zaman adalah bertujuan untuk mengalahkan lawan.
Kebijaksanaan dimiliki manusia jelas disalahguna apabila nafsu syaitan telah dipuja dan diagungkan.Maka tiada lagi jiwa yang menyerah pada Illahi,malah jadilah manusia yang berwajah manusia tetapi berhati haiwan.
Kezoliman dan kekejaman ke atas manusia dilakukan dengan perantaraan peralatan perang yang disesuaikan mengikut keperluan strategik perang dan juga keadaan geografik sesebuah negara sekaligus memporak perandakan kehidupan sama ada manusia mahu pun haiwan dan juga tumbuhan malah akan menjejaskan ekosistem.
Wa'ima peralatan perang pernah diguna disuatu zaman tertentu atau tidak,sekiranya ia relevan digunapakai serta memberikan kesan semaksimumnya ke atas sasaran,ternyata sekali nyawa manusia tiada harganya jika dibandingkan dengan kehendak nafsu yang membuak-buak untuk membuktikan kekuasaan ke atas manusia lain yang lemah.
Kerosakan telah nyata berlaku di laut dan di daratan,sebagaimana di nyatakan di dalam al-Quran.Maka siapakah pelakunya?
Allah swt,menjelaskan mengenai kerosakan sedemikian dilakukan oleh tangan-tangan mereka yang tidak beriman pada Allah dan hari akhirat.
Peperangan yang telah dilalui oleh tamaddun kemanusiaan telah melepasi dua perang dunia,dan selepas itu,ia berada dalam kedinginan.Namun disana sini,tetap berlaku apa yang dinamakan peperangan dalam lokasi tertentu melibatkan korban jiwa dan kerosakan harta benda dan kemusnahan terhadap keturunan manusia itu sendiri yang berakhir dengan berbagai kecacatan mental dan ketempangan sifat-sifat fizikal yang mengakibatkan ahli keluarga terpaksa menanggung bebanan pebelanjaan mengurus mereka yang menjadi mangsa.
Demikian juga dengan serangan tentera regim Zionis Israel yang mendapat sokongan kuat kerajaan Amerika serta sekutunya turut mengguna senjata merbahaya sebagaimana digambarkan di atas yang meninggalkan kesan cukup menyayat hati ke atas tubuh badan manusia sepanjang hayat.
Inilah yang dinamakan Kefasadan atau Kerosakan yang dilakukan oleh tangan-tangan mereka yang tidak beriman pada Allah dan Hari Akhirat.
Penggunaan bahan White Phosphorus dan bahan-bahan lain merbahaya didalam peralatan senjata perang,sedang diuji kembali di Medan Perang di Gaza ,Palestine.
Tiada lagi erti nilai kemanusiaan yang dilaung-laung oleh golongan yang mahukan kedamaian,apabila disatu tahap penguasaan pemerintahan negara tidak lagi mengendahkan suara teriakan tersebut,asalkan kelompok berkenaan mencapai sasaran dari segi membaham meratah segala sumber kekayaan negara yang dijajah,dan memusnahkan manusia pemimpin bersama pengikut-pengikut seberapa ramai yang dapat.
Mereka lupa akan Hari Pembalasan,kerana mereka tiada mempercayainya.Mereka lupa akan Kekuasaan Rabb(Tuhan),Yang Maha Esa yang menjadikan segala-galanya didalam alam.Mereka menjadi golongan yang takabbur,angkuh dan lupa akan asal kejadian diri sendiri.
Sesungguhnya azab Allah swt sedang menunggu mereka di Hari Akhirat untuk menggantikan dengan kezoliman dan kekejaman mereka lakukan di atas dunia.Disaat itu tiada kompromi lagi dalam perbicaraan di Mahkamah Agung Allah Ta'ala.
Wahai Orang Beriman,Sesungguhnya penolong -penolong Kamu ialah Allah,Para Rasul dan mereka-mereka yang berjuang di Jalan Agama Allah,mereka Beriman Pada Allah dan Hari Akhirat,dan mereka Istiqamah didalam memperjuangkan kebenaran.
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan