Sabtu, 19 Julai 2014

Ketua Peramugara MH17 dihormati Ahli Kariah Masjid.

Mencegah perkara mungkar adalah  dengan lisan,anggota (tangan),dan hati.Apabila telah mencapai tahap bersungguh dalam ketiga-tiga tahap tersebut,disamping berdepan berbagai halangan serta cabaran,lantaran itu adalah ganjaran yang setimpal bakal dikurnia oleh Allah swt.

Tahap paling rendah sekali ialah mencegah dengan hati.Ini tahap keimanan paling lemah.

Maka bersesuaian dengan kedudukan masing-masing dalam sesuatu organisasi atau jabatan,atau  didalam masyarakat,celaan atau pun dugaan tidak diketahui bila datangnya atau dari pihak mana.

Yang pasti,tahu apa perkara mungkar atau kejahatan disekeliling,dan pada siapa wajar diajukan teguran dan bantahan.

Demikian dengan tegahan agar hidangan minuman keras didalam pesawat MAS dihentikan,disamping itu peramugari berpakaian menutup aurat.Ekoran insiden terhempasnya pesawat MAS MH 17,Ketua Peramugara,Haji Ghaffar Abu Bakar,pernah bertindak agar sajian atau hidangan arak didalam penerbangan dihentikan.

Semoga usaha Almarhum diterima Allah swt sebagai amalan yang  soleh dan ditempat kan rohnya bersama hambanya yang soleh.

Cerita Almarhum boleh diikuti selanjutnya disini.Al Fatihah.

Tiada ulasan:

Blogger news