Esok,Ahad dan lusa Isnin,menurut perkiraan kalender,Hari Raya Aedil Fitri 1435 H,jatuh pada hari Isnin 28 Julai,2014,bersamaan 1 Syawal 1435. Berpuasa 29 hari.
Cuti persekolahan telah bermula kelmarin (Jumaat) di negeri yang mengikut persekolahn hari Ahad dan hari Sabtu bagi persekolahan mengikut hari Isnin.
Dan sepanjang cuti hari raya majoriti rakyat Malaysia balik ke kampong masing-masing dan keadaan lengang di bandar.
Sebahagian dari hidangan di pagi Hari Raya.

Awaslah keselamatan rumah kediaman kerana orang yang tidak dikenali atau ringkasnya perompak,pencuri,penyamun,dan pengumpil pintu akan mencari peluang keemasan mereka.
Persekolahan kembali dibuka semula pada 3 Ogos hari Ahad dan 4 Ogos hari Isnin.
Bagaimana tahun ini dengan Puasa Enam Hari..?Orang dulu-dulu,Raya Enam lebih besar dari Hari Raya 1 Syawal begitu juga kelebihannya.
Namun,apabila sindrom berjamu selera sebulan melanda,kadar peratus yang berniat nak berpuasa Enam Hari kelihatan masih belum memberangsangkan.
Elok ker,bila menjamu selera sampai sebulan(ini baru raya sakan).Maka yang nak berpuasa Enam Hari,memang mendisiplin diri.Puasa Enam Hari,walau pun hukum nya sunat,jika dalam sebuah keluarga semua berpuasa,huuhhh...boleh tabik spring lah guwe.
Harap-harap dapatlah jugak nak Berpuasa Enam Hari kali ini.Doakan untuk diri sendiri serta ahli keluarga.
'SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AEIDIL FITRI,MAAF ZAHIR BATHIN'.
SALAH SILAP MOHON KEMAAFAN JUA.
ALLAHHU AKBAR! ALLAHHU AKBAR! ALLAHHU AKBAR!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan