Perkembanagan di Iraq,sehingga kini,merupakan gerakan drastik secara luar dugaan.Hanya pakar strategik dan perang telah lebih awal dapat mencium susur galur perancangan.
Jika cara sebutan dapat mengalih perhatian dunia,maka sekali lagi media telah mencuba memesongkan persepsi umum bahawa Orang Islam berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah militan.Maka antara pemakaian istilah militan,pengganas dalam dunia hari ini boleh mengelirukan tanpa penjelasan terbaik.
Bab keganasan,ia tidak terhad kepada sesuatu puak,malah ia telah menjalar keseluruh tempat didunia,apabila seseorang individu atau kumpulan bersenjata telah nekad untuk melakukan perbuatan ganas,seperti membunuh orang perseorang atau pun dalam sebuah kelompok manusia,atau kampung halaman.Sasaran mereka boleh jadi orang awam,atau orang ternama tertentu.
Allah swt mengangkat darjat Orang Beriman lagi Bertaqwa.
Dikurniakan ganjaran syurga dengan izin serta ehsanNya setelah bulat hatinya berJihad Pada Jalan Allah.

Kegiatan Kumpulan Militan dikatakan begitu sinonim dikebanyakan negara yang suasana politik tidak stabil keselamatan nya.Ia dikait dengan kumpulan yang sudah ada nama didalam rekod negara kuasa besar seperti Amerika,yang dikata penjaga keamanan dunia.Betul ker?
Demikian juga Malaysia.Apabila terdedah rakyatnya ke Syria,maka dikaitkan dengan militan.Yang mana ada pula kaitan dengan gerakan militan di Filipina.Nampak kepada kita,perkara militan begitu dekat kepada masyarakat dan seolahnya begitu mencemaskan orang ramai.Namun,mereka belum mengganas,bagaikan komunis mengganas ke atas rakyat semasa negara huru hara dulu.
Yang risaunya,paling tidak pihak berkuasa,apabila diketahui terdapat rakyat menyertai kumpulan militan.Ya,jika rakyat mahu menjaga kedaulatan negara,apakah tidak wajar rakyat juga didisiplinkan secara ketenteraan.
Keadaan ini berlaku di Israel,yang mana setiap rakyat mereka menyertai ketenteraan di usia 18 tahun.Malaysia,Oh,Malaysia..!PLKN,PELAPES,WATANIAH,RELA,JPAM, dan seterusnya banyak lagi yang bersifat pasukan sukarelawan.pakaian seragam.Bagus jugak cara Malaysia ni.Khidmatnya untuk bantuan kecemasan negara,dimusim banjir,bencana alam.
Bila perang berlaku,orang awam memang sah tidak bersedia memikul senjata dan menuju medan pun dah tak terdaya.
Mungkinkah suatu hari,akan wujud Tentera Rakyat di Malaysia?

Apa pandangan wartawan Al Jazeera mengenai perkembangan di Iraq?
Perkembangan di Iraq menjadi tumpuan dunia sejak kebelakangan,dan negara paling berhati-hati dan sedang mencari peluang,tidak lain,adalah Amerika Syarikat,kerana mempunyai kepentingan yang sangat besar sejak menjajah Iraq di waktu pemerintahan Saddam Hussein.ISIL telah mengatur langkah strategik

Tiada ulasan:
Catat Ulasan