Khamis, 3 Julai 2014

Cerita disebalik IPP tenaga elektrik Malaysia.

Saban masa,raykat dihantui,bukan hantu Mak Limah balik rumah,dan ada juga dihantui oleh gangguan Altantuya,Mona Fendi.Itu gangguan atas perbuatan yang khianat atau zolim.

Namun,berkaitan dengan hantu tenaga elektrik lain pula kerenahnya.Dari kajian sains dan teknologi,tenaga elektrik bagaikan suatu penggerak kehidupan.Itu dari aspek fizikal.Tanpanya,kegiatan perindustrian boleh lumpuh lantaran itu ia akan  berjangkit kepada prestasi ekonomi boleh juga lumpoh.



Oleh itu,rantaian sumber tenaga merupakan satu pusingan,macam juga kitaran hidup suatu serangga.

Kaitannya,pembekal tenaga kepada pengguna tenaga.Pokok pangkalnya,dari TNB kepada IPP.Problem rakyat ialah menanggung kenaikan tarif elektrik.

Sudah macam mangli kes ni,tetapi,di pihak atasan,berbagai jawaban sedang berligar didalam ruang lingkup pemikiran pengurusan pihak berkenaan.Maka hal ini boleh diterjemah dalam suatu pergerakan tiga segi.Pihak kerajaan(Orang Politik),pihak penjana tenaga(TNB dan IPP),dan akhirnya pihak Pengguna.

Bila diketahui serta difahami,Siapa dapat Apa dan Kenapa?Barulah terbongkar mengapa?Hal sedemikian telah begitu lama berlaku,paling tidak pun kurang lebih 21 tahun,bermula dari Bekas Pengerusi TNB,Eksekutif Tan Sri Ani Arope.

Itulah,semoga dengan sedikit pendedahan sedemikian,ada manafaat untuk rakyat sekelian mengerti,sepak terajang didalam rantaian segi tiga tenaga.[Aku hanya mengingat,sambil itu mencuba mengerti juga selok belok dan keperitan yang dialami oleh semua rakyat jelata].Kita semua pengguna,tanpa mengira pangkat dan darjat.Namun,tahap kepenggunaan barangkali tidak serupa dan sama kos menanggung beban bayaran utilitinya.

Tiada ulasan:

Blogger news